CINTA DI TOKYO: Part 40: “Kedai hakyu yen”…

Hitomi seperti biasa menjelaskan apa yang telah dilakukan bersama Aini sepanjang petang hingga ke malam ini.
Ketika itu mereka berdua bermain jual-jualan anak patung. Kononnya Aini menjual anak patungnya di Taman Yoyogi tempat kegemaran mereka pada hujung minggu untuk beriadah. Mereka menyusun anak-anak patung Aini yang memang berbakul-bakul itu di atas saperah merah yang diambil dari dalam almari berpintu sorong di dalam bilik tidur. Kemudian anak-anak patung itu disusun rapi dan Aini akan memanggil-manggil supaya Hitomi chan membelinya.

Hitomi chan pura-pura tidak mahu membelinya kerana harganya mahal. Dia meminta harga yang lebih murah dan Aini membuat tawaran yang lebih tinggi. Hitomi chan ketawa sambil bercerita aktiviti jual beli mereka tadi. Alisa mendengar dengan penuh riang dan sesekali mereka ketawa besar . Permainan itu sungguh melucukan.

Alisa juga kadang-kadang bermain dengan Aini. Bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun, pasti permainan itu menyeronokkan. Dia masih belum pandai mengira wang kertas mainan yang dibeli di kedai “hakyu yen” atau kedai seratus yen (bersamaan lebih kurang tiga ringgit). Semua barang dalam kedai itu berharga 3 ringgit.

Selalunya apabila mereka keluar shopping, Aini selalu menangis membuat perangai jika tidak dibelikan barang yang dimahukannya. Alisa sudah pandai membuat trick dengan mengunjungi kedai seratus yen untuk membeli apa saja yang Aini mahukan. Anak patung adalah salah satu yang Aini minati. Kadang-kadang dia memlilih kuku palsu untuk disambung ke kukunya. Bulu mata palsu dan rambut palsu juga menjadi pilihannya. Alisa rasa lega sejak mendapat idea untuk ke kedai seratus yen apabila keluar shopping.

Sebelum ini dia berasa rimas dan kesal kerana setiap kali ketika sedang asyik membeli belah atau memilih barang keperluan atau pakaian dan sebagainya, Aini menarik-narik kotnya kerana nak ke bahagian “kitty chan” atau anak patung kitty yang penuh dengan pelbagai barangan mainan kanak-kanak. Mahu tidak mahu dia terpaksa membeli apa yang Aini mahukan sungguhpun harganya mahal hingga mencecah daripada 1500 yen atau RM45 hingga 10,000 yen atau RM300. Jika tidak mengikut kehendaknya Aini akan menangis dan membuat ragam yang menyakitkan hati Alisa. Kekadang Aini berguling-guling di atas lantai shopping compleks itu. Alisa paling takut jika dia dituduh mendera anak. Orang Jepun paling tidak suka orang mendera anak. Ish, mereka tak tahu anak aku ni meragam nak barang yang mahal-mahal.

Memang sukar menjadi ibu tunggal khususnya di kota metropolitan ini. Semuanya diurus sendiri. Jika Aini meragam, kekadang Alisa terpaksa mendokongnya. Apabila mendokong Aini, pasti perutnya sakit. Anak comel itu dilahirkan melalui pembedahan. Bekas jahitan itulah yang selalu terasa nyilu ketika mengangkat berat. Ainipun telah semakin berat.

Anak patung itu dibeli di Takashimaya, kompleks beli belah yang barang-barangnya mahal di Shinkjuku. Rugi rasanya. Bukan Alisa tidak mampu. Dia lebih daripada mampu, kerana gajinya besar. Tapi itu semua membazir. Dan apabila mendapat idea untuk ke kedai seratus yen terlebih dahulu sebelum pergi ke kedai yang besar dan mahal Alisa merasa lega yang amat sangat. Aini tidak lagi akan meragam jika dia telah mendapat apa yang dimahukannya. Selepas membeli untuk Aini di kedai itu dia merasa mudah untuk membeli apa juga keperluan dirinya pula, kerana Aini tidak lagi meragam. Ush, lega, fikirnya.

Ketika nak menyambut Aidil fitri pertama kali di negeri Jepun, Alisa meninjau-ninjau harga pinggan mangkuk di kedai-kedai besar khususnya “Tokyo Hand”, kedai peralatan yang paling besar yang canggih. Semua ada di sini. Tetapi harganya mahal sangat. Sebiji periuk harganya 3,000 yen atau RM90 ke atas. Alias membeli periuk yang bagus kerana dia mahu membawanya pulang ke Malaysia nanti. Sebuah periuk bersais radius 20 cm berwarna keemasan kelihatan seperti brassware dibelinya dengan harga 6000 yen atau RM180 untuk memasak lontong. Memang berbaloi membelinya. Namun untuk pinggan mangkuk, Alisa lebih suka membeli di kedai seratus yen. Kualitinya bagus juga dan harganya murah. Dia membeli beberapa dozen pinggan, mangkuk, sudu dan lain-lain untuk digunakan di rumahnya.

Alisa san, this is the report that I had written.” Fikirannya menerawang jauh rupanya ketika melihat Hitomi melayan Aini. Dia melihat jam di tangan, tepat jam 9.56 minit malam. Ah, nasib baik, jika tidak habis duit aku 1,500 yen malam ini…

Hait, thank you…ee Hitomi chan, would you like to stay here tonight?

Hait…arigato gozaimasu…” Hitomi menunduk-nundukkan kepalanya tanda setuju. Wajahnya kelihatan girang sungguh. Gadis manis itu mengakui memang dia teringin sangat bermalam di rumah Alisa, kerana dia sudah mula menyukai Aini.

Malam itu Hitomi chan tidur di rumahnya. Hitomi tidak ada kelas di hujung minggu. Dia mengajak Hitomi chan dan Aini bermain yuki di taman kecil di depan rumah yang disekelilingnya dibarisi pepohon Sakura.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: