CINTA DI TOKYO: Part 44: “Kenapa aku tak tanya?”

Malam semakin larut, mata Alisa masih terkebil-kebil tidak boleh tidur. Fikirannya masih tertumpu kepada peristiwa di taman, berkenalan dengan mamat kacak Koizumi san, bermain salji dengannya dan Aini dan bagaimana mesranya Aini dan Hitomi chan dengan Koizumi san…ish, manis sungguh saat-saat itu…

Aini sudahpun terlena dan dibuai mimpi agaknya. Diperhatinya wajah comel anak itu dengan penuh kasih sayang. Kasihan sungguh anak ini, begitu dia mendambakan kasih seorang ayah…sudah bertahun-tahun tidak melihat wajah papanya sendiri. Papanya pun tidak pernah ambil peduli bagaimana wajah anaknya sendiri. Ah, biarkanlah!

Dia teringat bagaimana mesranya dan gembiranya Aini bersama Koizumi san tadi. Wah, seperti dah lama jumpa dan macam dah kenal lama…ketawa berdekah-dekah apabila bermain melempar-lempar salji…paling seronok apabila dia melemparkan salji ke tubuh Koizumi san…berguling-guling dia di atas salji yang tebal. Geli hati sangat melihat gelagat mereka. Koizumi san juga pandai berpura-pura sakit dan jatuh terguling di atas salji…issh, seronok sangat.

“Ok!… ok!…saya kalah… saya kalah…” ujar Koizumi san apabila Aini melemparkan salji kena ke mukanya yang segak itu. Suaranya terputus-putus seperti keletihan. Namun ketawanya semakin menjadi-jadi sehingga masih bergema dalam ingatan Alisa. Aini semakin galak ketawa dan telatah Aini sungguh menghiburkan. Mereka ketawa dan terus ketawa…

Alisa berpusing ke kini dan ke kanan di atas futon atau tilam yang dibentangkan di atas tikar tatami. Di Jepun ini mereka tidak menggunakan beddo atau katil. Mudah juga pakai tilam ini. Teringat dia ketika di rumah ibu di kampung di tanah air, apabila ramai adik beradik yang balik ke kampong terutamanya ketika menyambut musim raya. Mereka akan membentangkan tilam di atas lantai dan tidur beramai-ramai. Seronok.

Matanya masih tak boleh lelap. Dia terfikir-fikir, mamat kacak itu cakap dia pernah bekerja di Malaysia selama 7 tahun…mungkin sebab itu dia pandai bercakap bahasa Melayu. Masalahnya dia tingaal di mana? Bekerja di mana? Bekerja apa? Apa, apa dan apa….banyak yang masih menjadi tanda soal dalam benaknya tentang mamat kacak itu. Entah kenapa hati Alisa selalu menamakan pemuda itu dengan istilah mamat kacak.

Kenapa aku tak tanya tadi? “Awak tinggal di mana?”, “Awak kerja di mana?”…”Awak …awak…awak….” Ish, kenapa tak tanya? Dia terus berfikir dan berfikir tentang pemuda itu…

2 responses to this post.

  1. Posted by Jalil A.Ghani on November 17, 2009 at 3:50 pm

    Sampai part 44 sahaja?

    Menjadi semakin menarik. Part 40 – 44 ada kesinambungan, ada unsur ‘apa akan berlaku seterusnya…’.

    Banyak ujian ‘luaran dan dalam’ yang dilalui oleh perempuan melayu bernama Alisa…di negara sendiri dan juga di perantauan.

  2. Inshaallah akan ada sambungan lagi…cuma masa kurang mengizinkan. Akan mencari masa dalam masa terdekat. Terima kasih atas komen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: