Archive for January, 2010

Bengkel Tatacara dan Etika Di Hadapan Kamera…Matrade..

Alhamdulillah, selesai sudah bengkel satu hari anjuran Bhg. Latihan TV IPPTAR hari ini 27 Januari 2010…10 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Gred Jusa C, 54 dan 52 menghadiri bengkel ini yang memberi pendedahan mengenai tips berhadapan dengan kamera, tips mejawap soalan wartawan, persediaan, penampilan, intonansi suara dan semua aspek penting ketika berhadapan dengan kamera (yang sensitif itu).

Penceramah undangan ialah Puan Yushanani Yushak dan Encik Wan Ibrahim yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Nantilah, mungkin boleh dimasukkan gambar di sini nanti…

Tahniah Matrade…ramai pegawai kanan anda yang dah confident di depan kamera ketika diwawancara…

Advertisements

Bermula Kursus Penerbitan TV 2010…

25 Jan 2010: Bermulanya kursus TV pertama untuk tahun ini, Kursus Penerbitan TV Asas di IPPTAR yang akan berakhir pada 19 Mac 2010. 18 peserta dipilih terdiri daripada 6 orang penerbit B41, 6 Penerbit B27 dan 6 Penerbit B17. Pengisian hari pertama dengan saya sebagai Pengurus Program mengendalikan sesi icebreaking dan menjelaskan mengenai objektif kursus dan kandungan kursus dari A hingga Z.

Sesi bermula dengan ceramah motivasi oleh EncikRuslan Hj Muhamad yang mengingatkan agar semua berkerja dengan ikhlas dan di antara lain katanya” Jika anda memberi wang kepada ibu anda, jangan sekali-kali memberi wang yang tidak halal…pastikan anda mendapat wang halal dengan menggunakan setiap saat bekerja bersungguh-sungguh”.

Petangnya ada gangguan eletrik hampir setengah jam, tetapi Encik Mohd Zam Manaf tetap bersemangat bercakap mengenai 1Malaysia. Petangnya Dato’ Adilah, Pengarah IPPTAR mengendalikan sesi Bahas Melayu ” Bedtulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul”..Ujian diadakan sebelum sesi bermula untuk menguji penguasaan bahasa Melayu para peserta yang hampir 100 peratus orang Melayu…wah ada yang menjawab dengan bagus, ada yang kurang…Bagaimana ni? Kena baiki lagi bahasamu sayang.

Hari ini, 26 Januari, Dr Nawiyah Che Lah membuka sesi dengan pengenalan kepada Penyiaran di Malaysia, dan juga pengenalan kepada RTM dan Prinsip Asas Penerbitan…Rata-rata peserta menunjukkan komitmen tinggi…esok bagaimana?