Bermula Kursus Penerbitan TV 2010…

25 Jan 2010: Bermulanya kursus TV pertama untuk tahun ini, Kursus Penerbitan TV Asas di IPPTAR yang akan berakhir pada 19 Mac 2010. 18 peserta dipilih terdiri daripada 6 orang penerbit B41, 6 Penerbit B27 dan 6 Penerbit B17. Pengisian hari pertama dengan saya sebagai Pengurus Program mengendalikan sesi icebreaking dan menjelaskan mengenai objektif kursus dan kandungan kursus dari A hingga Z.

Sesi bermula dengan ceramah motivasi oleh EncikRuslan Hj Muhamad yang mengingatkan agar semua berkerja dengan ikhlas dan di antara lain katanya” Jika anda memberi wang kepada ibu anda, jangan sekali-kali memberi wang yang tidak halal…pastikan anda mendapat wang halal dengan menggunakan setiap saat bekerja bersungguh-sungguh”.

Petangnya ada gangguan eletrik hampir setengah jam, tetapi Encik Mohd Zam Manaf tetap bersemangat bercakap mengenai 1Malaysia. Petangnya Dato’ Adilah, Pengarah IPPTAR mengendalikan sesi Bahas Melayu ” Bedtulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul”..Ujian diadakan sebelum sesi bermula untuk menguji penguasaan bahasa Melayu para peserta yang hampir 100 peratus orang Melayu…wah ada yang menjawab dengan bagus, ada yang kurang…Bagaimana ni? Kena baiki lagi bahasamu sayang.

Hari ini, 26 Januari, Dr Nawiyah Che Lah membuka sesi dengan pengenalan kepada Penyiaran di Malaysia, dan juga pengenalan kepada RTM dan Prinsip Asas Penerbitan…Rata-rata peserta menunjukkan komitmen tinggi…esok bagaimana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: