Archive for April, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN RTM KE 64…

Hari ini 1 April 2010, usia RTM genap 64 tahun…satu usia yang matang. Tahniah RTM…aku menjadi manusia dan matang bersamamu. Aku menyertai RTM pada 1 April 1982, bermakna sudah 28 tahun nadiku berdenyut bersama RTM. Di sinilah tempat aku mencari rezeki, bekerja dari usia muda sebaik tamat pengajian dari Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif…hingga ke hari ini mencurah bakti untuk anak bangsa di IPPTAR pula.

Jika ditolak campur, 28 tahun di RTM mesti tolak dengan 1 tahun di IPPTAR menjadi 27 tahun, dan ditolak 4 tahun 4 bulan di NHK Tokyo, Jepun menjadi 22 tahun 8 bulan di RTM…

Aku pernah bekerja di dua buah organisasi penyiaran, RTM (RTM Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Langkawi, Pulau Pinang dan Radio Jpan NHK World, Tokyo, Jepun…di radio dan di TV, semuanya aku telah lakukan, sebagai penerbit radio dan juga penerbit TV…sebagai pembaca berita radio dan sebagai penyampai program radio…juga sebagai Pengarah stesen radio RTM semuanya meninggalkan kenangan dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli yang tetap aku pahatkan dalam sanubari hingga ke akhir hayatku.

Dengan RTMlah aku dapat berjalan jauh, ke Eropah untuk berkursus, juga di negara-negara Asia yang lain sama ada untuk berkursus atau untuk menghadiri seminar atau mengetuai deligasi RADIO ke luar negara…Alhamdulillah, dapat bertemu dengan ramai penerbit radio/ penerbit TV dari seluruh dunia. Berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu penyiaran.

Kini aku di IPPTAR. Masih bertemu dengan adik-adik dari RTM dan organisasi penyiaran lain dari seluruh dunia yang hadir dalam kursus penerbitan program TV…

Aku sayang IPPTAR, namun hatiku kini berbelah dua…di RTM dan di NHK…