CINTA DI TOKYO: part 49: kerja lebih…

Bermula hari itu, 11 September 2001, Alisa semakin sibuk, mana nak layan Aini yang semakin membesar, mana nak buat kerja yang semakin banyak..namun hatinya tetap gembira, bekerja demi masa depannya dan Aini.

Hari pertama itu Alisa bertolak jam empat pagi membawa Aini ke tempat kerja. Sesampainya ke NHK skrip terus diberikan kepadanya oleh Hori san, dan Alisa terus menterjemahkannya. Dia mendapat update kepada semua perkembangan yang berlaku. Serangan pengganas di World Trade Center di New York memang menakutkannya. Wah pelbagai cerita dibacanya. Betulkah orang Islam yang melakukannya? Kalau begitu gayanya, nampaknya Amerika tak le pandai sangat…tak le hebat sangat, mudah je dicerobohi keselamatannya oleh orang luar? mudahnya empat buah pesawat melanggar WTC dan Pentagon? Ishhhh…macam tak percaya je. Helai demi helai diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk dibacakan dalam berita awal pagi…tambahan berita untuk seksyen Melayu.

Aini terlena di kerusi di meja Hori san. Susah juga tak ada penjaga ini…tak apalah, hari ini Aini akan di sini….selepas ini Hori san akan tolong carikan pengasuh orang Jepun untuk Aini…Namun Alisa mesti hantar Aini awal ke Hoikuen dan pengasuh Jepun akan mengambilnya balik pada jam 6 petang dan mengasuhnya hingga tertidor. Kemudian Alisa akan sampai ke rumah sebelum jam 10.30 dan pengasuh itu akan balik ke rumahnya. Sebelum itu dia akan melaporkan aktiviti Aini kepada Alisa. Alisa akan menandatangani borang kerja dan wang akan diberikan cukup bulan kepada agensi yang menghantar pengasuh itu.

Huh, lebih 100,000 yen sebulan…lebih RM3,000 sebulan untuk mengasuh Aini saja? Ish, kalau aku ada suami, tentu suamiku menjaga Aini…tapi sanggupkah dia menjadi ‘house-husband?” …ish, aku tak mau ingat lagi lelaki tak guna itu…bentak hati Alisa…

Musim panas yang hangat semakin reda. Namun tugas Alisa semakin hangat…Pengeboman WTC di New York…

2 responses to this post.

  1. Posted by nisa on January 22, 2013 at 1:19 am

    Kak novel akak dah keluar ke?saya teringin nak baca cerita selanjutnya..saya nak tahu apa berlaku lagi…teringin nak belejar bahasa jepun memuncak skrg.tolong reply ye kak…jika akak ada kelapangan..saya menunggu.tq

  2. Dik, oleh kerana kakak ini sibuk sangat sekarang, novel tak dicetak lagi. Inshaallah akak akan cetak apabila dah siap disusun. Untuk belajar bahasa Jepun, akak bukan pandai sangat, tetapi bolehlah sikit-sikit. Orang Jepun cakap ‘skoshi dakek’…sikit je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: