Bermula Episod 3 tahun di Pulau Mahsuri…Bhg. 1.

Awal tahun 1996, aku diarahkan bertukar ke Pulau Legenda Mahsuri. Ketika itu aku baru saja mendirikan rumah tangga dan bakal menjadi ibu. Tiga bulan mengandungkan anak sulung, aku terpaksa berpisah dengan suami untuk tinggal nun jauh dari Kuala Lumpur. Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapa…serba salah. Jika ditolak bermakna aku menolak tuah dan peluang mencari pengalaman mengetuai sebuah stesen radio pelancongan dan tinggal di pulau peranginan yang damai.

Aku dah puas tinggal di KL. USJ Subang Jaya tidak lagi seperti dulu, pada awal perpindahanku ke rumah baruku di USJ 3 pada tahun 1993. Pada awal perpindahan, terasa lengang saja jalan ke sana dari KL, tapi dalam masa tiga tahun lewat keluar rumah lima minit dari biasa, iaitu sebelum jam 7, alamatnya aku akan berada di atas jalanraya selama lebih sejam bahkan hingga dua jam…Kekadang aku ambil jalan airport di Subang, melalui Damansara untuk ke Angkasapuri. Lari daripada kesesakan di Lebuhraya Persekutuan…Penat, penat sungguh.

Pada hari aku menjadi penerbit Selamat Pagi Malaysia iaitu hari Jumaat, aku dah bertolak jam 4 pagi ke Angkasapuri. Waktu siaran bermula jam 6 pagi dan tamat jam 10 pagi, aku dah ada di Angkasapuri jam 4.20 pagi…hmmm 20 minit saja dah sampai. Berkat bangun awal. Bagus sangat. Tetapi hari-hari lain, aku tak boleh kelewatan. Punch card menanti. Namun apabila terlewat, terasa jantung bagaikan akan dicabut. Ah, daripada begini selalu, baik aku terima tawaran ke Langkawi, walaupun terpaksa berpisah daripada suami seorang ustaz yang sibuk sentiasa memberi ceramah agama di seluruh pelosok negara. Ah, kekadang, aku bosan, menjadi isteri yang selalu kesaorangan, biarlah aku membawa hati luka ke pulau itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: