Episod 2 tahun di Pulau Pinang…Bhg. 1.

“Apa? Pulau Pinang” Terkejut juga apabila aku diberitahu akan bertukar ke Pulau Pinang sebagai Pengarah Penyiaran Kawasan Utara (5 stesen dibawahnya: MUTIARAfm, PERAKfm, PERLISfm, LANGKAWIfm dan KEDAHfm) selepas 3 tahun balik dari Jepun (1999-2003) dan tinggal di KL (tahun 2003 hingga 2006).

Siapalah aku untuk membantah? Namun ini juga yang aku mahukan. Sampai hati aku tidak diakui sedangkan aku lebih senior daripada dia? NASIONALfm yang merupakan stesen paling berjasa akan berkubur kerana akan digabungkan dengan KLASIKfm. Stesen ini menyiarkan pelbagai jenis program, tapi tidak lama lagi tidak ada lagi format membina bangsa seperti ini. Yang ada hanya menyiarkan program hiburan, lagu-lagu klasik dan sedikit-sedikit program ilmiah dan temubual. Apa yang dirancang bakal dicantas, tambahan slot agama. Sedihnya aku ketika itu…

Pada sidang akhbar hari itu, aku bagai terasa ditampar dimuka. Bagaimana mungkin aku disalahkan sedangkan aku baru saja tak sampai empat bulan menerajui NASIONALfm? 2003 baru balik dari Tokyo selepas bertugas di Radio Japan NHK World dari 1999-2003. Kemudian aku menilai program swasta. Di situ aku selalu dilabel sebagai ‘ustazah’. Ada yang cakap “Kham ini duduk di Jepun empat tahun, tapi balik-balik jadi ustazah” kerana aku tegas dalam penilaianku terhadap semua program swasta yang aku nilai.

“Saya tidak mahu disoal di akhirat nanti…Mana dia falsafah dan pengajaran daripada program itu?” itu adalah jawapanku yang bukan main-main.

Episod KLASIK NASIONAL fm benar-benar melukakan hatiku. Alhamdulillah, ketika pelancarannya aku bertugas di Pekan Baru, Riau mengetuai delegasi RTM ke 3 Serumpun. Tarikh 12 Ogos 2006 aku dijemput menjadi panel di TVRI Riau bercakap mengenai pantun bersama Pak Tenas dan dua lagi pakar bahasa Melayu di Riau. KLASIK NASIONAL fm dilancarkan oleh Menteri, aku tiada disana…sepertinya aku membawa hati yang luka. Bagaimana mungkin dalam sidang akhbar Tok …menyatakan bahawa NASIONAL fm kehilangan hala tuju? Reporter datang menemuiku selepas sidang akhbar bertanya “Selepas ini puan di mana?” “Saya hanya menurut perintah”…Tidak tahukah bahawa hatiku amat terluka dengan kenyataan ‘hilang arah itu”? Aku lebih lama dalam bisnes penyiaran…kita sama-sama educated, tapi jangan menghina aku sebegini rupa… Episod ini benar-benar menghiris jantung hatiku…

Tapi alhamdulillah, langit tidak selalunya mendung. HARI INI AKU JATUH KE BAWAH, TIDAK BERMAKNA AKAN TERUS DISITU…

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: