Episod 3 tahun di Kuala Terengganu…

Ibu nak ikut juga aku ketika aku akan bertolak dari kampung ke Kuala Terengganu. Ibu cakap tak sampai hati melepaskan aku sendirian ke sana. Hati yang sepi dan sayu menjadi berbunga-bunga dengan kasih ibu. Ibu tahu aku rela membawa diri ke pantai timur kerana baru saja mengalami trauma yang hebat.

Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya yang dibelai dan dimanja dari tapak dua jari diperlakukan seperti sampah oleh seorang lelaki bernama suami? Tidak ada ibu yang rela melihat anaknya kecewa dan menangis. Memang aku tidak pernah bercerita akan kepedihan hatiku kepada ibu, tapi ibu dapat membacanya.

Hari itu hari pertama di KT, ramai keluarga yang ada. Ibu, kakak Fadilah, abang Khalid dan isteri serta anak-anak turut sama membantu mencuci rumah sewaku. Sebuah banglo setingkat di Bukut Besar. Jiran sebelah seperti tak nampak muka. Tapi rumah ini hampir sangat dengan rumah jiran, berkongsi pagar saja.

Siang itu kami riuh rendah bekerja mencuci rumah. Tapi anehnya apabila malam menjelma, semua kami yang tinggal iaitu ibu, aku dan kakak Fadilah merasa seperti ada sesuatu yang memerhatikan kami. Bulu roma menjadi tegak. Eh, aneh sangat. Tidak pernah aku bahkan semua ahli keluarga merasa sebegitu seram. Kami menghabiskan makan malam dan kemudian semua masuk ke bilik tidur. Kenapa ya, nak ke bilir air juga takut, walaupun bilik air sekali dengan bilik tidur itu bukan di luar bilikpun.

Peristiwa ini telah lama berlalu tapi masih jelas dalam ingatan…Akhir Mac tahun 1989 aku bertukar dari KL ke RTM Kuala Terengganu….

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: