Archive for January, 2013

CINTA DI TOKYO: Part 50 “Di mana dia?”

Kesibukan mengendalikan program dan  berita khas setiap hari menjadikan Alisa lupa pada jejaka kacak lawa Matruo Koizumi. Setiap hari jadualnya amat padat. Kadang-kadang tidak ada masa langsung untuk bersama anak kecilnya Aini. Kasihan anak itu. Nasib baik semua sensei dan kawannya di Hoikuen baik dan perihatin belaka. Aini seakan tidak kisah dengan Maminya.

 

Tidak ada beza antara manusia, kecuali nilai takwanya kepada Allah

Sekadar nak beri pendapat, bahawa jika di Jepun semua orang dipanggil dengan gelaran “San”. Tak kiralah jawatan dan pangkat apa yang dipikul, sama saja, selepas nama sendiri ditambah gelaran ‘San’. Kalau nama Aini yang dewasa, dipanggil Aini San, jika nama Aini seorang kanak-kanak dipanggil Aini Chan. Kalau budak lelaki yang bernama Ali akan dipanggil Ali Kun. “Chan’ untuk budak perempuan, “Kun” untuk budak lelaki dan  orang dewasa pula dipanggil “San”. Kalau cikgu dipanggil “Sensei”, begitu juga dengan doktor, pakar dalam ilmu atau Professor, semua dipanggil ‘Sensei” waima guru tadika sekalipun dipanggil “Sensei”. Mudah sangat gelarannya. Semua orang mendapat penghormatan yang sama mengikut bidang tugasnya…

Kalau di Malaysia? banyaknya gelaran…susah juga nak ingat. Ada yang marah jika tidak disebut gelaran itu. Apapun, manusia ini sama saja, yang membezakannya di sisi Allah ialah nilai takwanya kepada Allah.

Ingat, kehidupan ini sementara saja. Yang kakikinya dan yang pasti ialah alam akhirat di mana kita akan dihisab apabila mati nanti.

Dan, ingatlah bahawa setiap orang itu berada di alam  pertunangan, iaitu bertunang dengan KEMATIAN. Itu yang pasti.

Dah siapke?

Mari kita sama-sama fikirkan.

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN…pengangkutan…

-Basu = bas

-Untenshu = pemandu

-Densha = kereta api

-Eki = stesen kereta api

-Jitensha = basikal

Ada lagi perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris, mari kita tengok…

=Meron = melon

-supu = soup

-torei =tray

hanbaga = hamburger

-sando-itchi = sandwich

-koppukeki = cupcake

-jusu = juice

-shoyu = soy souce

SELAMAT BELAJAR!!!

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN

Oh, dah lama tak update kolum ini. Di sini saya poskan beberapa perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris ke bahasa Jepun. Mudah untuk diingat…Mula-mula kita ingat benda di dapur kita dulu…ayuh kita mula mengingat.

-naifu =knife /  pisau

-orenji jusu =orange juice /  jus oren

-miruku = milk / susu

-pankeki to bekon = pancake and bacon

-foku = fork / garpu

-supun = spoon / sudu

-shiriaru = cereal

Selamat menghafal.

 

…Sudah setahun setengah di PERAKfm

Rasanya banyak perubahan yang telah saya bawakan untuk pendengar Perakfm sejak saya mengetuai stesen ini. Di antaranya kandungan program di radio yang lebih mantap demi mengekalkan jumlah pendengar dan mencapai sasaran KPI bagi jumlah pendapatan melalui iklan Perakfm. Apapun, matlamat hiburan berinformasi Untuk Kome Aje akan dicapai demi memastikan anda terus mendengar radio Perakfm.

Bagi anda yang tinggal di luar negara layarilah perakfm.rtm.gov.my, inshaallah anda akan terhibur khususnya dengan program tonggak kami di antara lain Santai Petang Bersama Ustaz Kazim Elias Al Hafiz, Cer Pikio Bersama Os, Cerita Bersama Kak KT (Katijah Tan) menggunakan loghat Perak. Anda boleh berinteraktif dengan Ustaz atau dengan DJ, OS dan KT.Program agama juga kami sediakan bagi memperbaiki kefahaman kita terhadap agama Islam dengan program Soal Jawab Agama bersama SS Tan Sri Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Deme Tanya Pak Ngah Jawab, khas untuk anda mengadu apa juga perkara demi kebaikan bersama…

Jom ke perakfm.rtm.gov.my

Untuk Kome Aje…