Tidak ada beza antara manusia, kecuali nilai takwanya kepada Allah

Sekadar nak beri pendapat, bahawa jika di Jepun semua orang dipanggil dengan gelaran “San”. Tak kiralah jawatan dan pangkat apa yang dipikul, sama saja, selepas nama sendiri ditambah gelaran ‘San’. Kalau nama Aini yang dewasa, dipanggil Aini San, jika nama Aini seorang kanak-kanak dipanggil Aini Chan. Kalau budak lelaki yang bernama Ali akan dipanggil Ali Kun. “Chan’ untuk budak perempuan, “Kun” untuk budak lelaki dan  orang dewasa pula dipanggil “San”. Kalau cikgu dipanggil “Sensei”, begitu juga dengan doktor, pakar dalam ilmu atau Professor, semua dipanggil ‘Sensei” waima guru tadika sekalipun dipanggil “Sensei”. Mudah sangat gelarannya. Semua orang mendapat penghormatan yang sama mengikut bidang tugasnya…

Kalau di Malaysia? banyaknya gelaran…susah juga nak ingat. Ada yang marah jika tidak disebut gelaran itu. Apapun, manusia ini sama saja, yang membezakannya di sisi Allah ialah nilai takwanya kepada Allah.

Ingat, kehidupan ini sementara saja. Yang kakikinya dan yang pasti ialah alam akhirat di mana kita akan dihisab apabila mati nanti.

Dan, ingatlah bahawa setiap orang itu berada di alam  pertunangan, iaitu bertunang dengan KEMATIAN. Itu yang pasti.

Dah siapke?

Mari kita sama-sama fikirkan.

2 responses to this post.

  1. Posted by Farihah Izzati on July 27, 2013 at 10:25 am

    Salam. Kalau Shin Chan pula kenapa bukan Shin Kun? Kan dia lelaki.

  2. Posted by camy2008 on July 30, 2013 at 1:36 am

    Haah, tak perasan pula selama ini dia lelaki…hmmm tak dapat jawab nampaknya soalan adik tu…kena tanya penulisnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: