Kerja Terjemahan Selepas Pencen

As salam.

Bismillahirrahmanirrahim.  Subhanallah.

Dah bertahun tak buka blog saya ni. Entah kenapa lupa pula. Saya dah bersara sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Penyiaran Negeri Perak. Setelah bersara saya balik dan menetap di Bandar Baru Bangi. Tanpa sedar saya dah bersara selama empat tahun.Cepat masa berlalu.

Sebagai pesara, saya nikmati alam persaraan dengan sepenuhnya. Pergi melawat keluar negara, belajar dan membaca al Quran dan ibadat untuk persiapan di alam kekal.

Saya juga menjahit bag fabrik sebagai hobi yang mendapat wang. Alhamduliah.

Setahun  lebih juga saya menikmai kehidupan sebagai tukang jahit…Sempat juga mengajar para wanita menjahit bag fabrik. Termasuklah bag recycle daripada banner. Tapi tiba-tiba saya dapat trigger finger. Setahun menjalani terapi di Hospital Serdang. Jadi saya berhenti menjahit. Sekarang tangan semakin ok selepas menjalani dua pembedahan dan terapi fisio.

Sekarang saya nak buat kerja yang saya minat pula iaitu terjemahan. Di samping mempunyai kelulusan Ijazah dalam Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Universiti Malaya, saya ada diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia.

Ketika di RTM tugas pertama saya sebagai penerbit program Radio termasuklah menterjemah skrip dari Bahasa Inggeris yang ditulis oleh seorang Profesor universiti  ke Bahasa Melayu dan menyampaikannya di Radio Malaysia.

Ketika saya bertugas di Radio NHK World di Tokyo, Jepun selama 4 tahun, terjemahan juga saya lakukan. Setiap hari menterjemah skrip dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk saya sampaikan di Radio Japan. Pokoknya kerja terjemahan ini dah menjadi sebahagian hidup saya.

Jika anda memerlukan khidmat saya, sila komen di sini dan bagi email anda. Mana tahu, jika saya boleh berkerjasama dengan anda.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: