PENGARANG

Saya  (akak) dah jadi warga RTM sejak tahun 1982 (32 tahun lalu). Dah berkhidmat di banyak stesen radio  di seluruh tanahair. Kiranya dah jadi santan kelapalah dalam bidang penyiaran ini…

Mula bertugas di KL sebagai penerbit program radio sebaik saja menamatkan pengajian di Universiti Malaya, mengkhusus dalam Penulisan Kreatif dan Deskriptif (Sekarang di namakan Pengajian Media). 6 tahun di radio kemudian berpindah ke Kuala Terengganu sebagai Ketua Bahagian Rancangan,  3 tahun di KT berpindah  balik ke KL, bertugas di bahagian antarabangsa TV, menggelola dan menghantar program ke luar negara. Kemudian bertugas di TV sebagai penerbit TV lima tahun lamanya. Banyak pengalaman telah dikutip di sini. Banyak kenangan manis dan kenangan pahit di sini, tetapi semuanya menarik dan mengajar aku menjadi seorang penerbit yang mencintai tugasnya. Bertugas sebagai penerbit Selamat Pagi Malaysia dan penerbit program Ehwal Semasa, mengendalikan Multiple Camera Operation selama 4 jam setiap kali ke udara sekali seminggu, juga menerbitkan rancangan TV berbentuk talk show dan forum seperti Ehwal Semasa dan Wawancara. Seronok!

Lepas tu akak   bertukar pulak ke Langkawi mengetuai stesen radio di sana. Ketika itu digelar Radio Pelancongan Langkawi. Tiga tahun menetap di Pulau Peranginan itu.

Tahun 1999 berpeluang bertugas di Radio Japan, NHK World Tokyo Jepun selama 4 tahun setengah sebagai Pakar Bahasa Melayu. Di sini banyak yang akak pelajari dan banyak pengalaman yang akak kutip. Bolehlah bercakap sedikit-sedikit bahasa Jepun.

Balik ke Malaysia tahun 2003 bertugas  di KL pula, menganggotai panel penilai program TV swasta. Menarik di sini. Kiranya jangan kelentong tentang drama swasta kepadaku…hehehhe. Kemudian tak lama selepas itu, tahun 2006  bertukar Stesen NASIONALfm sebagai Controller. Selepas empat bulan di situ, berpindah pulak ke Pulau Pinang menjadi Pengarah Penyiaran Kawasan Utara selama hampir 2 tahun,  Selepas itu balik ke KL pula menjaga Kewangan RTM…

Sejak 16 Mac 2009 akak bertukar ke Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, IPPTAR di bawah Kementerian Penerangan sebagai Ketua Unit Pengajian dan Penyelidikan. Banyak yang perlu dilakukan di sini. Masih dalam perancangan dan proses mengkaji dan mengkaji…

Opsss, sejak Mei 2009 bertukar sebagai Ketua Bahagian Latihan TV di IPPTAR juga, mengendalikan kursus penerbitan program TV khas untuk para penerbit di RTM dan juga untuk penerbit antarabangsa dari Afrika, Amerika Selatan, Asia Barat, Asia Selatan, Asia Pasifik dalam program Malaysia Technical Coorporation (MTCP), mengendalikan kursus penerbitan program dokumentari TV. Kerja ini mencabar.

Saya  memang suka belajar perkara baru. Rasanya cepat jemu juga kalau akak berada di satu tempat mengendalikan kerja yang sama tahun demi tahun. Justru itu, dari radio pindah ke TV, pindah lagi ke radio dan ke luar negara, kembali ke RTM dan kini di IPPTAR memang menyeronokkan. Oleh kerana semuanya menyeronokkan, akak sanggup bekerja hingga lewat khususnya ketika masih muda remaja dulu.

Pindah rumah ini, lebih 20 kali dah. Kata orang tua-tua 7 kali pindah papa…nasib baik tak papa, syukur dengan nikmat Allah.. namun, semua barang pecah relah. Baju , perabut, pinggan mangkuk, almari, kerusi meja semua kena bagi orang. Tak ada apa yang ada kat aku…Beli rumah jual, beli rumah lagi dan bina rumah lagi…

La ni baru nak mula hidup baru…beberapa tahun lagi dah nak pencen, agaknya baru boleh settle down sikit. Orang lain mengumpul harta,  akak mengumpul pengalaman…Kasihan kat anak yang satu. Boleh kawan setahun dua, pindah lagi, dapat kawan sekolah baru, tukar lagi, selalu juga dia merungut. “Asyik pindah je…bencilah”

Tapi ada rahmat di sebalik perpindahan ini, anakku yang sorang ini faseh berbahasa Jepun, setelah balik dari Jepun dan  kini faseh berbahasa Inggeris khususnya dalam penulisan selepas berpindah ke Penang. Tambahan mathematik dah dapat A kerana guru mathsnya seorang guru China  yang dedikasi (pakar juga cikgu tu). Terima kasih Mr. Teh di Sekolah Rendah Convent Pulau Tikus, Pulau Pinang. Syukur Aini dapat 5A dalam UPSRnya tahun 2008.

Sejak bulan Mei 2009, akak mengajar penerbitan TV pula… gunakan segala ilmu yang ada ketika bertugas di radio, TV dan di pelbagai stesen termasuk di Jepun serta kursus-kursus yang dihadiri di ibu negara,  Holland, Sri Lanka, Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand dan banyak lagi untuk anak bangsa yang berminat dalam bidang penyiaran (Radio dan TV). Akak mahu pencen dengan hati yang tenang kerana memberi jasa kepada anak bangsa…INSHAALLAH!!!

Mulai 20 April 2011, kakak bertugas sebagai Pengarah Penyiaran Negeri Perak di Ipoh. Alhamdulillah, kali ini kakak balik ke negeri kelahiran sendiri. Mungkinkah ini post yang terakhir kakak? Hanya Allah yang mengetahui di mana kita berada selepas ini kan. Ada tiga tahun lagi akak akan pencen. Apapun, seronnok dapat balik ke kampung selalu.

Apabila pencen akak nak terbitkan novel pula. Sekarang masa belum mengizinkan…Ketika muda dulu banyak menulis untuk radio, tv, majalah dan akhbar…sekarang dalam blog dulu ya!!!

Kursus Yang Diikuti Di Luar Negara / Di Peringkat Antarabangsa:

  • 7 – 17 Disember 2009 : Training of Trainers Workshop anjuran Asia Pasific Institute for Development, AIBD, TV Republik Indonesia, TVRI dan Islamic Broadcasting Union di Jakarta, Indonesia
  • 1 – 3 Jun 2006 : Audience Research, Programming and Scheduling for Radio, AIBD, Kuala Lumpur
  • 29 November – 3 Disember 2004 : AIBD / FES Regional Workshop on Leadership & Managerial Skill for Women Managers in Broadcasting,Kuala Lumpur
  • 16 Mei – 18 Julai 2000 : Sijil Asas Bahasa Jepun anjuran NHK World, Tokyo, Japan
  • 1 – 14 Disember 1997 : Workshop on the Possibilities and Impact of New Information and Communication Technologies,anjuran Radio Nederland Training Center, Holland dan CDG, Germany di Bangkok, Thailand
  • 27 Oktober – 10 November 1997 : Regional Seminar on Radio Managementanjuran Deutcshe Welle Radio Training Centre and AIBD, di IIPTAR, Kuala Lumpur
  • 23 Oktober – 10 November 1995 : Sub Regional Digital Post Production and Lighting Course,anjuran AIBD di PTV 4, Quezon City, Philippine
  • 26 September – 19 November 1994 : TV Production and Direction Course for TV Producers and Directors – Malaysian Technical Cooperation Programme, MTCP / IIPTAR, Kuala Lumpur
  • 5 September – 20 Disember 1991 : Dramatization of Information Course, Radio Nederland Training Course, Hilversum, Holland
  • 3 – 14 Disember 1990 : Programming for Commercial Radio, anjuran AIBD / Ohio University, Kuala Lumpur
  • 2 – 25 Mei 1989 : Audience Research and Programme Evaluation Course (AIDB), Colombo, Sri Lanka
  • 17 – 19 Disember 1989 : Seminar on Mass Media and The Protection of The Environment – The Role of Communicators for Conversation – anjuran CDG, Germany / Thamasirat Open University, Bangkok, Thailand
  • 1 – 11 November 1988 : Workshop on Mass Media and the Protection of the Environment (CDG, Germany) Denpasar, Bali, Indonesia
  • 29 September – 10 Oktober 1987 : Workshop on Mass Media and the Protection of the Environment Kuala Lumpur anjuran CDG dan Asia Communication Research and Information Center, Singapura

19 responses to this post.

  1. Kata orang tak buat apa-apa, lebih baik daripada sibuk tak buat apa-apa…tapi kita selalu sibuk tak buat apa-apa daripada tak buat apa-apa…ke sana kemari, tapi tak ada hasil;…orang tengok kita nampak macam sibuk sangat. Hasilnya hampeh.

    Begitulah kita apabila tak tahu apa nak buat. Nak kata duduk termenung tidak juga…tambah ketika di tempat kerja. Kerja sendiri tak siap, tapi pergi kacau orang lain. Kalau tak buat macam tu, tak nampak sibuk bekerja. Tapi pergi ke meja orang lain sibuk bercerita pasal orang…perkara yang paling seronok sekalilah…memperkatakan tentang orang lain.

  2. salam mak ndak,
    tahniah! blog ni memang menarik. banyak cerita yang kami tak tau tentang tok wan dan pah. buat saya tersenyum.
    tulislah banyak lagi, dimana pun mak ndak berada. saya memang peminat setia tulisan mak ndak sejak di bangku sekolah lagi..

    selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

    Salam sayang
    Melor Mohd Daud

  3. Posted by kie on December 29, 2008 at 3:19 am

    Salam Maal Hijrah 1430

  4. Salam perkenalan. Alangkah bagusnya jika ramai orang yang berpengalaaman menumpahkan ilmunya melalui blog, buku mahupun kelas-kelas tertentu. Sangat bermakna untuk generasi muda dan pelapis.

    Saya amat berharap puan menumpahkan ilmu dan pengalaman puan yang saya lihat begitu baik jika dikongsikan.

    Semoga berjaya.

  5. Tk Bayan. Anda lagi hebat. Ramai yang membaca blog anda. hebat. Akak baru dalam blogging ini. Selama ini banyak perkara yang berlaku dalam hidup menjadikan akak berhenti menulis…
    Bayan memberi semangat kepada akak untuk terus berkongsi pengalaman. Bacalah pengalaman akak di Jepun…sekadar berkongsi cerita…masih banyak yang akan akak tulis nanti. Bukan saja di Jepun, malah di Eropah, tanah Arab, ASEAN dll…
    Salam perkenalan dari akak…

  6. Blog saya bukan apa-apa. Pengalaman masih baru bermula. itupun asyik tersungkur.

    Saya teringin benar membaca pengalaman puan semasa bertugas dalam bidang penyiaran. Liku-liku tugas dan manusia yang tentunya banyak boleh dijadikan iktibar.

    Pengalaman di luar negara apatah lagi. pertentangan atau persamaan budaya yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan.

    Biar pendek asal bermakna.

  7. what an experiences…mesti mcm2 ilmu yg membuak2 nak dikonsi…

    akak kham siah ada invite sy ke blog ni, x smpat bc semua…
    compere to akak dlm pglmn sprt langit dan bumi…ye lah sy baru 5 thn 4 thn 6 bulan kat rtm. setahun jagung.

    akak kat iptar ker…anyway insyaAllah jumpa nnt, berguru…he3.

    salam.

  8. Posted by azmahnordin on July 21, 2009 at 3:25 pm

    salam ziarah tuan rumah🙂 wah, menariknya tulisan sdr. senang2 nanti, sudikanlah ke blog saya di http://azmahnordin.blogspot.com k

  9. Posted by faizal on November 3, 2009 at 4:54 pm

    salam….wau memang power tulisan puan…ape2 pun tahniah..cayalahhh:)

  10. terima kasih banyak faizal atas semangat yang diberikan…inshaallah akan diterbitkan dalam bentuk buku dan akan disempurnakan dengan plot yang lebih kemas dan menarik.

  11. Azmah, anda hebat, banyak novel puan telah diterbitkan. Tapi apabila saya melayari blog anda, apabila klik untuk baca seterusnya, atau nak baca profil puan, tak boleh plak…macam stuck. cam ne ye?

  12. Posted by Jalil A.Ghani on November 6, 2009 at 3:04 pm

    Tahniah dan syabas. Memang sesuai sangatlah. Selepas menimba sebegitu banyak pengalaman dari pelbagai sumber di merata tempat, tibalah masa untuk mencurah ilmu dan pengalaman itu di bahagian latihan untuk dimanafaatkan oleh banyak orang. Lahirkanlah seramai mungkin pakar dalam bidang penyiaran…Mudah-mudahan berjaya dengan cemerlang di IPPTAR.

  13. Terima kasih En. Jalil. Anda juga hebat dengan pengalaman dalam bidang pendidikan. Mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan diri. Inshaallah saya akan memberikan yang terbaik untuk para penerbit yang datang berkursus penyiaran TV di IPPTAR.

  14. Posted by dydy on December 10, 2009 at 5:22 pm

    Salam akak,
    Sebenarnya saya tengah melayari internet nak mencari source utk assignment esok. Saya baharu sahaja berjinak2 sbg reporter utk one of house production di Penang.Sblm ni saya bekerja sepenuh masa sbg OL ,officelady di kilang.Alhamdullilah saya terjumpa blog akak ni. Kagum dengan pengalaman hebat akak. Cerita2 kejayaan akak ini menjadi motivasi kpd diri saya utk berusaha gigih wpun saya masih mentah dalam dunia penulisan. Saya berharap akak akan terus menulis blog dan berkongsi ilmu dan tips2. Tahniah dan bangga dengan pencapaian akak.

    dydy

  15. dydy, terima kasih atas komen yang memberi semangat untuk kakak berkarya terus. sebenarnya apa juga pengalaman yang kita kutip boleh dijadikan bahan untuk menulis. kakak menulis berdasarkan pengalaman sebenar kakak di jepun dan juga di malaysia. sekurangnya dapat juga orang lain baca dan tahu bagaimana ibu tunggal menjalani hidup di negara orang. bagi yang belum berkahwin, mungkin boleh buat novel cinta remaja? cubalah dik.

  16. Posted by safiah on May 9, 2010 at 1:29 pm

    Assalamualaikum kak Kham,

    Hope I got the right kak khamsiah hindun. If you can remember way back in 1987 where we got to know each other at Pusat Motivasi Kerjaya Gombak. You know the owner very very well i believe, where we had history together.

    I am Safiah from Pontian Johor. I used to hang out with you if you can recall at your house in PJ. I wasn’t married that time.

    Been thinking about you lately and wondered how have you been. If you are the right kak kham please email me a reply.

    We will keep in touch via phone later on okay.

    – Safiah Aljahsyi –

  17. Hi Sofea, You have got me. I am your Kak Kham, the same old me…Wow what a great surprise to meet you here. I am delighted and I am so happy for at last we met here my beloved sister.

    Many things happened to us, but deep inside me you are always in my heart my sis in …..w.

    At last we manage to talk to each other. I am so happy. Will meet you soon.

    Love you always.

  18. salam,

    saya baru di blog ini..disini saya ingin meminta pendapat puan…iaitu sekiranya kita bekerja di bahagian tv swasta..apakah kelebihan dan keburukan yang akan kita lalui…seperti saya kini mendapat tawaran bekerja dibahagian interaktiv service di media prima sebagai tv operator..memang saya sangat berminat..untuk pengetahuan puan kini saya bekerja di Telekom Malaysia Berhad dan bekerja sebagai pekerja kontrak….pada pendapat puan, patut kah saya meninggalkan pekerjaan saya sekarang dan menyertai syarikat media prima di atas dasar minat dan kesukaan berbanding di Tm ini yang saya hanya bekerja sebagai pekerja kontrak tanpa mempunyai minat yg mendalam terhadap tugas harian..pendapat puan amat saya harapkan untuk saya membuat keputusan samada patut terima atau lepaskan. sekian terima kasih.

  19. Dear Juliet, tahniah kerana adik mendapat tawaran pekerjaan di Media Prima sebuah organisasi yang gah dan hebat dalam bidang penyiaran negara. Kakak sarankan jika adik memang berminat, terimalah tawaran tersebut kerana bukan mudah untuk mendapat pekerjaan dalam bidang TV , ramai yang memohon dan adik yang terpilih. Adik meminati bidang ini dan kakak sokong adik seratus peratus. Kakak bekerja dalam bidang penyiaran sejak keluar Universiti lagi iaitu hampir 29 tahun dah, dan bagi kakak tidak menyesal walau sekelumit bekerja dalam penyiaran radio dan tv…semuanya sungguh bermakna dan menyeronokkan. Kakak doakan adik berjaya dan gembira sebagai seorang penyiar. Salam kenal dari kakak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: