Archive for the ‘novel online’ Category

CINTA DI TOKYO: Part 50 “Di mana dia?”

Kesibukan mengendalikan program dan  berita khas setiap hari menjadikan Alisa lupa pada jejaka kacak lawa Matruo Koizumi. Setiap hari jadualnya amat padat. Kadang-kadang tidak ada masa langsung untuk bersama anak kecilnya Aini. Kasihan anak itu. Nasib baik semua sensei dan kawannya di Hoikuen baik dan perihatin belaka. Aini seakan tidak kisah dengan Maminya.

 

CINTA DI TOKYO: part 49: kerja lebih…

Bermula hari itu, 11 September 2001, Alisa semakin sibuk, mana nak layan Aini yang semakin membesar, mana nak buat kerja yang semakin banyak..namun hatinya tetap gembira, bekerja demi masa depannya dan Aini.

Hari pertama itu Alisa bertolak jam empat pagi membawa Aini ke tempat kerja. Sesampainya ke NHK skrip terus diberikan kepadanya oleh Hori san, dan Alisa terus menterjemahkannya. Dia mendapat update kepada semua perkembangan yang berlaku. Serangan pengganas di World Trade Center di New York memang menakutkannya. Wah pelbagai cerita dibacanya. Betulkah orang Islam yang melakukannya? Kalau begitu gayanya, nampaknya Amerika tak le pandai sangat…tak le hebat sangat, mudah je dicerobohi keselamatannya oleh orang luar? mudahnya empat buah pesawat melanggar WTC dan Pentagon? Ishhhh…macam tak percaya je. Helai demi helai diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk dibacakan dalam berita awal pagi…tambahan berita untuk seksyen Melayu.

Aini terlena di kerusi di meja Hori san. Susah juga tak ada penjaga ini…tak apalah, hari ini Aini akan di sini….selepas ini Hori san akan tolong carikan pengasuh orang Jepun untuk Aini…Namun Alisa mesti hantar Aini awal ke Hoikuen dan pengasuh Jepun akan mengambilnya balik pada jam 6 petang dan mengasuhnya hingga tertidor. Kemudian Alisa akan sampai ke rumah sebelum jam 10.30 dan pengasuh itu akan balik ke rumahnya. Sebelum itu dia akan melaporkan aktiviti Aini kepada Alisa. Alisa akan menandatangani borang kerja dan wang akan diberikan cukup bulan kepada agensi yang menghantar pengasuh itu.

Huh, lebih 100,000 yen sebulan…lebih RM3,000 sebulan untuk mengasuh Aini saja? Ish, kalau aku ada suami, tentu suamiku menjaga Aini…tapi sanggupkah dia menjadi ‘house-husband?” …ish, aku tak mau ingat lagi lelaki tak guna itu…bentak hati Alisa…

Musim panas yang hangat semakin reda. Namun tugas Alisa semakin hangat…Pengeboman WTC di New York…

CINTA DI TOKYO: part 48: “Serangan Pengganas?”

Ya Allah apa tu? ALisa terkedu melihat sebuah bangunan tinggi terbakar dan asap berkepul-kepul keluar daripada pencakar langit itu. Visual sebuah pesawat laju merempuh bangunan itu juga ditayangkan berkali-kali di kaca TV melalui saluran CNN.

Laporan berita masih lagi kabur. Siapakah yang punya angkara dan apa yang berlaku? Apakah ini tanda-tanda perang meletus? Semuanya membingungkan Alisa yang masih mamai selepas digerakkan dari tidur yang nynyak.

Gagang telefon masih dipegangnya erat. “Oh My God, Hori san…apa tu? Bangunan World Trade Center?…” Alisa amat terkejut dan hampir terngaga melihat visual di kaca TV.

“Saya ingat bom tadi Alisa san, tapi bukan…itu serangan pengganas…”

“Pengganas?”

“Ya, hari ini Alisa san mesti datang awal ke NHK…kita ada berita khas. NHK akan panggil teksi dan Alisa san terus ke sini sebelum jam 5 pagi….jangan bimbang tambang teksi….NHK bayar”

Alisa bergegas menggerakkan Aini…aduh anak kecik ini tidak ada pengasuh…mesti dibawa ke NHK…Tak apa, nanti Hori san tolong telefon pengasuh Jepun yang sepatutnya ambil Aini dari Hoikuen/ tadika jam 6 petang…Nampaknya hari ini pengasuh mesti ambil Aini dan hantar ke Hoiken dan ambil dari Hoikuen ke rumah…

CINTA DI TOKYO:Part 47: “…BOM?”

Alisa terkejut yang amat sangat. Tengah malam diganggu dengan deringan telefon yang riuh rendah. Dengan malas dia bangun dan meraba-raba mencari punat lampu tidur. Kemudian dia mencapai bingkai cermin matanya dan bangun menuju ke telefon di tepi meja komputer.

“Moshi moshi, watashiwa Alisa desu”, maksudnya Alisa di sini.

“Alisa san, Hori di sini…”

“Eee? ada apa Hori san?” Terkejut Alisa menerima panggilan daripada penerbit di NHK. Dia mendongak ke dinding, melihat jam…baru pukul 2 tengah malama?

“Alisa san sudah tengok TV? tengok CNN…ada bom di New York!” Cemas bunyi nada suara nya.

“Apa? Bom apa?” Terkejut Alisa dan bergegas dia menuju ke set TVnya dan terus menekan punat TV untuk menonton CNN.
“Ya, ya, saya lihat sekarang…tunggu kejap”. Cemas sekali Alisa. Dunia dah nak kiamatke? Perang Dunia ke tiga ke????

Jantungnya berdedub kencang. “Cepat Alisa san…kita ada kerja urgent!” bergetar suara Hori san.

CINTA DI TOKYO: Part 46: “Bintang-bintang telah redup…”

Malam semakin larut. Alisa masih tidak dapat tidur, walaupun matanya terasa mengantuk. Dia berpusing ke kiri dan ke kanan.
Ah, aku belum solat witir lagi. Dia bingkas bangun untuk menunaikan solat sunat witir. Solat yang memang dituntut dilakukan selain solat dhuha dan puasa paling kurang 3 hari sebulan, seperti yang dipesan Rasulullah saw kepada saidina Ali. Dia berdoa agar semuanya berakhir dengan baik dalam hidupnya esok dan hari-hari yang mendatang.

Selesai berdoa dia ke futon dan meletakkan badannya yang memang sudah keletihan. Dia membaca ayat-ayat kursi dan kemudian membaca doa: “Ya Allah, bintang-bintang telah redup, mata-mata manusia telahpun terpejam, tetapi Engkau Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri dengan sendirinya. Engkau tidak pernah mengantuk dan tidak juga tidur. Wahai Zat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri dengan sendirinya, berilah aku ketenangan pada malam hari dan pejamkanlah mataku.” Hampir habis berdoa, matanya terus terlelap.

Jam loceng menjerit kuat. Alisa terus lena bagaikan seorang bayi yang baru tidur. Aini terjaga dengan bunyi bising jam tersebut. Dia menggoncang-gincangkan badan ibunya.

“Mami! Mami! Bangun…bisinglah jam ni, Mami…”

“Hmmm, …janganlah kacau mami tidur ni..ngantuk lah” Gertu Alisa. Tangannya tanpa sedar menolak-nolak tangan Aini.

“Bangunlah mami…” semakin keras suara anak kecil itu.

“Aini, jangan le kacau mami…ini hari Sabtu. Cuti…Aini tak sekolah hari ini kan?”

“…Eee…mami Aini nak…”

“Nak buang air?” Baru Alisa terjaga sepenuhnya. Dia bingkas bangun dan memimpin tangan anaknya ke bilik air. Hussh, sejuknya malam ini. Nasib baik jam loceng berbunyi, anaknya terjaga dan nak pergi ke bilik air…sejuk begini mesti rasa nak ke bilik…fikir Alisa.

Sedang dia membasuh Aini, tiba-tiba dia teringat, dia belum solat subuh lagi. Jam itu dikunci untuk bangun solat subuh. Selepas dia membaringkan dan menidurkan Aini semula, dia terus berwuduk dan bersolat subuh. Nasib baik Aini gerakkan dia tadi, jika tidak, habis subuh pagi ini. Fikir Alisa.

Inilah akibatnya jika sukar nak tidur malam. Mungkin banyak berfikir sangat. Memikirkan mamat kacak itu. Ish, buang masa aku je.

CINTA DI TOKYO: Part 45: “Biarlah aku tak tahu…”

Ishh, buat apa aku kenal dia lebih mendalam? Bukankah aku telah terluka yang parah sebelum ini? Mengapa mesti aku mengharungi lautan api sekali lagi? Bukankan cinta dan sayang yang menjadikan aku seorang wanita yang merana kerana seorang manusia lelaki bernama suami?

Aku ke sinipun untuk mengubati luka di hati? Mengapa aku mesti mencari luka yang baru? Alisa terus berfikir dan berfikir, menolak rasa hati yang kian merindui manusia lelaki bernama Koizumi. Ish, bodohnya aku ini, dia sikitpun tak hairan dengan aku…aku yang syok sendiri. Mengapa dengan aku ini? Mengapa tak sedar diri aku ini? Ish, dia merasa geram dengan perasaannya sendiri.

Sebolehnya Alisa tidak lagi mahu terlibat dalam situasi pedih begitu. Memberi sepenuh kasih kepada suami, tetapi berakhir dengan hatinya dilukai seperti ditusuk duri yang tajam. Sebolehnya dia tidak mahu lagi terikat dengan manusia bernama lelaki kerana pedihnya tidak dapat digambarkan. Lebih pilu melihat dirinya dipermainkan seperti bola…sakit, teramat sakit. Itu sebab dia tidak mahu lagi mengingati Malaysia…cuma apa yang diingatinya ialah keluarga besarnya di sana, khususnya ibu yang amat dicintainya.

“Mak jangan pergi dulu, ya mak, mak mesti bertahan…mak mesti sihat, tunggu hingga Alisa balik, dan Alisa mahu mak tinggal dengan Alisa…” Demikian pesan dan pinta Alisa agar ibu yang ditinggalkan sentiasa sihat dan panjang umur, agar dia dapat lagi bermanja dengan ibu yang mempunyai semangat kental wanita solehah sejati. Ibu yang sentiasa di tikar sembahyang, sentiasa membaca Al Quran dan sentiasa berzikir memuji Pencipta…

Alisa mahu menjadi seperti ibu…sentiasa bersabar dan sentiasa mengingati kepada zat Yang Maha Besar…walau di mana Alisa berada, dia mahu tetap dekat dengan Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang…

Biarlah aku tak tahu siapa Koizumi san sebenarnya, supaya aku tidak terluka lagi…tapi hati kecilnya meronta-ronta untuk mengetahui siapakah mamat kacak itu sebenarnya. Aduh…kenapa aku ini? Biarlah aku tak tahu siapa dia…tetapi aku mahu tahu juga. Bagaimana ini? Bagaimana? Hati Alisa meronta-ronta…

CINTA DI TOKYO: Part 44: “Kenapa aku tak tanya?”

Malam semakin larut, mata Alisa masih terkebil-kebil tidak boleh tidur. Fikirannya masih tertumpu kepada peristiwa di taman, berkenalan dengan mamat kacak Koizumi san, bermain salji dengannya dan Aini dan bagaimana mesranya Aini dan Hitomi chan dengan Koizumi san…ish, manis sungguh saat-saat itu…

Aini sudahpun terlena dan dibuai mimpi agaknya. Diperhatinya wajah comel anak itu dengan penuh kasih sayang. Kasihan sungguh anak ini, begitu dia mendambakan kasih seorang ayah…sudah bertahun-tahun tidak melihat wajah papanya sendiri. Papanya pun tidak pernah ambil peduli bagaimana wajah anaknya sendiri. Ah, biarkanlah!

Dia teringat bagaimana mesranya dan gembiranya Aini bersama Koizumi san tadi. Wah, seperti dah lama jumpa dan macam dah kenal lama…ketawa berdekah-dekah apabila bermain melempar-lempar salji…paling seronok apabila dia melemparkan salji ke tubuh Koizumi san…berguling-guling dia di atas salji yang tebal. Geli hati sangat melihat gelagat mereka. Koizumi san juga pandai berpura-pura sakit dan jatuh terguling di atas salji…issh, seronok sangat.

“Ok!… ok!…saya kalah… saya kalah…” ujar Koizumi san apabila Aini melemparkan salji kena ke mukanya yang segak itu. Suaranya terputus-putus seperti keletihan. Namun ketawanya semakin menjadi-jadi sehingga masih bergema dalam ingatan Alisa. Aini semakin galak ketawa dan telatah Aini sungguh menghiburkan. Mereka ketawa dan terus ketawa…

Alisa berpusing ke kini dan ke kanan di atas futon atau tilam yang dibentangkan di atas tikar tatami. Di Jepun ini mereka tidak menggunakan beddo atau katil. Mudah juga pakai tilam ini. Teringat dia ketika di rumah ibu di kampung di tanah air, apabila ramai adik beradik yang balik ke kampong terutamanya ketika menyambut musim raya. Mereka akan membentangkan tilam di atas lantai dan tidur beramai-ramai. Seronok.

Matanya masih tak boleh lelap. Dia terfikir-fikir, mamat kacak itu cakap dia pernah bekerja di Malaysia selama 7 tahun…mungkin sebab itu dia pandai bercakap bahasa Melayu. Masalahnya dia tingaal di mana? Bekerja di mana? Bekerja apa? Apa, apa dan apa….banyak yang masih menjadi tanda soal dalam benaknya tentang mamat kacak itu. Entah kenapa hati Alisa selalu menamakan pemuda itu dengan istilah mamat kacak.

Kenapa aku tak tanya tadi? “Awak tinggal di mana?”, “Awak kerja di mana?”…”Awak …awak…awak….” Ish, kenapa tak tanya? Dia terus berfikir dan berfikir tentang pemuda itu…