Archive for the ‘Ingatan Ikhlasku’ Category

Nama baru…

Barisan kabinet baru telah diumum. Kementerian Penerangan telah menjadi Kementeri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Agaknya apa kependekannya nanti? Kita tunggu Menteri baru kita buat pengumuman.

Tahniah kepada Menteri kami yang baru, YB. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang pernah menerajui Kementerian Penerangan satu ketika dulu, sekitar tahun 1980an. Ketika itu saya baru saja menjejakkan kaki ke Kementerian ini, lebih 20 tahun lalu.

Semoga menteri baru akan lebih perihatin akan rintihan hati warga kementerian khususnya orang-orang RTM yang selama ini dianggap tidak kreatif, tidak mahu berubah dan perlu pembaharuan. Semoga YB. tengok persekitaran warga bekerja. Para penerbit RTM yang duduk di bilik yang sempit. 27 tahun lalu, duduk di bilik yang sama saiznya walaupun dah naik pangkat. Malahan ada yang apabila bertukar tak tahu nak duduk di mana…pun berlaku.

Harap Dato’ Seri turun padang dan tengok persekitaran warga yang setia bekerja…bandingkan dengan PTD, yang pangkatnya yang sama!!!

Kebajikan perlu dilihat dan dijaga. Persekitaran tempat kerja mesti fun, menyeronokkan kerana tempat kerja boleh dikatakan sebagai rumah kedua atau bagi sesetengah orang rumah pertamanya. Barulah orang kreatif boleh benar-benar berkreatif…

Advertisements

Memberi salam yang betul…

Saya terbaca satu penjelasan yang dipanjangkan oleh seorang saudara Islam yang ditampalkan di papan kenyataan di IPPTAR. Katanya di antara lain terdapat orang yang malas sangat. Perkataan “Assalamualaikum” dipendekkan dalam SMS atau email menjadi “akum” saja. Jangan diamalkan kerana perbuatan itu adalah berdosa kerana kita menyumpah orang, bukan mengirim salam.

“Akum” adalah perkataan yang bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani yang selalunya digunakan oleh orang Yahudi memanggil orang-orang bukan Yahudi.

Begitu juga, jika nak mengirim salam, sebutlah “Kirim salam assalamualaikum kepada ….(sebut nama)” jangan cuma sebut “kirim salam pada….(sebut nama)” sahaja.

Sama-samalah kita berkongsi ilmu…

“RUGILAH ORANG YANG HARI INI SAMA SEPERTI SEMALAM…”

“Rugilah bagi orang yang hari ini sama seperti semalam, tidak berubah” demikian kata Saidina Abu Bakar. Petikan kata-kata ini disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ravi dalam Forum Perdana TV1 malam ini. Beliau bercakap tentang konsep hijrah.

Justru sebelum tidur elok kita fikirkan apakah yang telah aku lakukan hari ini? Apakah bertambah baik daripada semalam? Jika tidak apa yang perlu aku lakukan untuk menjadi lebih baik? Dari segi perlakuan, bicara, tindakan, ibadah dan sebagainya.

Teringat ketika di Mekah awal tahun ini, ustaz yang mengetuai pakej kami sentiasa mengingatkan kami, selepas mengerjakan haji, jagalah tindakan dan ibadah kita. Sekiranya tidak berubah juga, atau amalan menjadi semakin kurang, itu tandanya kita tidak mendapat haji yang mambrur. Jika selepas ini, solatpun dilakukan di akhir waktu, itu tandanya kita tidak berubah, dan alangkah ruginya kita kerana kita tidak berubah…

Berhijrah dari segi perlakuan, meninggalkan yang mungkar, hati kita yang maksiat dan tidak diredai oleh Allah. Itulah pesanan ustaz.

Marilah kita berhijrah hati agar kita menjadi semakin baik dan baik dan baik. Setiap hari yang baru kita menjadi semakin baik. Baik dalam menghasilkan kerja di tempat kerja, baik dalam pengurusan waktu, kerja harian, hati dan segalanya. Paling penting, amalannya mencapai piawaian orang yang beriman. Buang sifat riak, cemburu, hasad dengki, sombong, tidak senang dengan saudaranya, buang penyakit yang merosakkan masyarakat Islam…HIJRAH dengan menginggalkan perkara mungkar dan isi hati yang maksiat dan tidak diredhai oleh Allah. Hijrah kerana ALLAH Taala. Kita datang dari Allah, kita kembali kepada Allah. Siapkan batin, takwa kita , maka bersih kita daripada sifat buruk dalam hati. Wallah hu alam…

Ibadat haji..

Musim haji tahun ini sudah sampai ke penghujungnya. Jutaan jemaah telah mula berlepas pulang ke negara masing-masing. Penerbangan demi penerbangan telah dijadualkan. Sanak saudara menanti kepulangan ahli keluarga yang mengerjakan haji dengan hati yang penuh gembira.

Sedar tak sedar sudah satu tahun berlalu. Tahun 2007/2008 aku mengerjakan ibadat itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapanku, semoga mendapat haji yang mabrur.

Teringat ceramah ustaz, bahawa kerja haji ini janganlah tunggu hingga kita dah berumur. Bagi yang mampu, elok dikerjakan waktu muda. Ibadah ini wajib. Tak baik ditangguh-tangguh dengan pelbagai alasan. Ramai  yang mampu, malahan lebih daripada mampu untuk ke Mekah mengerjakan haji. Tapi ramai yang mahu kerjakan haji apabila dah pencen. Sebenarnya jika kita buat haji waktu muda, lebih mudah. Kita bertenaga, tidak ada penyakit, dan malahan boleh tolong orang lain, kerana ada banyak tenaga. Jika dah tunggu hingga tua, kita tak tahu bila malaikat maut datang menjemput kita.

Jika tak mampu, nak buat macam mana? Tapi rata-rata kita yang berkerja ini, tunggu hingga dah usia mencecah lebih empatpuluhan atau limapuluhan atau lebih daripada itu. Tenaga dah kurang. Penyakit mudah serang kita jika berusia. Jika masih muda, dah kerjakan haji, hati lebih rasa lapang dan tenang. Eloklah kita galakkan anak-anak kita kerjakan haji ketika masih muda. Simpan duit, dan dahulukan yang wajib ini, inshaallah, hidup kita lebih bahagia. Kerana dah kerjakan rukun kelima ini.

Selamat pulang kepada jemaah haji Malaysia. Semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada yang belum mengerjakan haji, elok daftar nama di Tabung Haji, buat rayuan untuk pergi lebih cepat, jangan tunggu hingga tua ya.