Posts Tagged ‘cinta’

Anugerah Yang Tidak Ternilai

Betapa indahnya pelangi, indah juga hidup insan ciptaan Allah. Begitu juga indahnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada diriku ini. Ketika kecil dan ketika zaman remaja, aku hanya seorang gadis remaja yang tinggal di sebuah desa nun jauh di pedalaman…jauh dari kesesakan kota raya…jauh daripada lampu nion yang berkerlipan indah berwarna warni.

Desa kelahiranku, indah, nyaman serta sunyi. Namun aku bahagia. Hidupku serba kekurangan, tidak ada bekalan eletrik, tidak ada bekalan air…malam bergelap dengan cahaya pelita,

Advertisements

Mana nak mula?

Mungkinkah wajah blog ini cantik dengan menggunakan pelbagai warna? Ini baru nak mencuba. Cantik juga kan! Di mana nak mula ya? Aku pernah membaca tulisan Hamka, katanya dia tak tahu nak mula di mana. Tapi dia terus menulis dan menulis. Akhirnya terciptalah karya agung sebuah novel cinta yang sungguh mengasyikkan Tenggelamnya Kapal Van der Vik? Tak ingat dah ejaannya. Ya bahasa asing katakan.Mungkin aku boleh mengikut cara pak Hamka. Tulis aje. Nanti akan terciptalah cerita yang indah dan mengasyikkan. Jangan marah…

Cuba tukar warna pula, apa jadi? Hmm, cantik juga.Teringat ketika aku belajar dulu. Aku terpilih menjadi AJK Seni dan Sastera di salah sebuah kolej kediamanku di UM. Masa tu aku baru dalam tahun dua. Sebagai pelajar Penulisan Kreatif dan Deskriptif, aku memang minat sangat dengan penulisan ini. Ketika itu, tahun 1980, aku memang tengah seronok menulis. Apa lagi, apabila diberi tugas menghasilkan karya, aku catat pengalaman sendiri. Kisah pemergian ayah tercinta ketika aku masih belajar. Tak sangka pula ramai yang mengalirkan air mata membaca tulisanku itu. Rahsianya? Tulis dari lubuk hati.

Tak tahulah kalau kali ini aku berjaya menulis dari lubuk hati. Dah berpuluh tahun aku tidak menulis. Puncanya aku ditipu oleh orang yang aku cintai, seorang lelaki yang bergelar suami. Aku menulis sebuah buku, dia memberi idea. Aku membuat kajian, buku demi buku, aku hasilkan sebuah buku motivasi yang aku rasa amat memuaskan hatiku, tapi akhirnya aku diceraikan dan dia mengaku dia penulisnya. Sejak itu aku berhenti menulis. Ketika itu aku baru saja bekerja di jabatan kerajaan tempat aku bekerja sejak 26 tahun lalu. Aku jadi takut dan serik menulis. Kerana apa? Kerana lukanya menjadikan aku tidak boleh lagi berkarya. Aku memang seorang penulis. Banyak juga karyaku tersiar di akhbar, majalah, radio dan TV. Kalau di radio, memang itu kerjaku, menulis dan menerbitkan program radio dan TV. Aku membawa bakat ciptaan Allah ini hingga ke negara matahari terbit, bekerja di sana menjadi seorang penyiar, pengajar, penulis, deejay, pembaca berita, penterjemah dan segala yang berkaitan dengan penyiaran. 4 tahun aku di NHK Tokyo, Jepun. Tapi untuk meneruskan minat menulis untuk majalah dan akhbar dah terhenti sejak peristiwa tahun 1988 itu. Nantilah aku ceritakan.Mengantuklah pulak. Maklumlah siang tadi penat sangat di tempat kerja. Fikir soal negara. Fikir macam mana kami boleh memberi sumbangan kepada negara tercinta. ..