Posts Tagged ‘kisahku’

Sibuk tak buat apa-apa!

Hari ini aku masih bercuti. Selepas raya ini, perasaan malas menebal dalam diri. Nak buat apa ya hari ini. Surf internet, baca berita dan email. Semuanya rasa membosankan. Kesunyian juga di rumah hariĀ  ini. Anak ke sekolah. Berkemas rumah, membasuh kain sudah, apa lagi? Baringlah sebentar? Ush, tak boleh lena…Mana tidaknya hari masih pagi. Selepas menghantar Aini ke sekolah, singgah ke kedai sebentar membeli nasiĀ  lemak.

Pernah tak anda merasa bosan pada ketika-ketika tertentu? Mengemas bosan, membaca bosan, menonton TV bosan, mendengar radio bosan. Teman rasa macam nak pecah kepala, walaupun tak fikir apa-apa. Naik tangga, turun tangga, buat itu buat ini, semua tak kena. Inilah yang dikatakan Sibuk Tak Buat Apa-apa! BOOOOSAN sangat.

Perasaan ini jangan dilayan. Ambil air sembahyang, solat dhuha. baca Quran, zikir, boleh menenangkan fikiran.