Archive for April, 2009

Isi penyata cukai pendapatan: eFiling…

Malam ini, 27 April 2009, jam 8.45 malam, saya mengisi borang penyata cukai pendapatan melalui eFiling. Potong itu, potong ini, termasuk potongan zakat, masih kena bayar lagi… Apa nak buat, itu semua tanggungjawab kita sebagai warga negara. Bukan boleh lari…

Agaknya berapa yang mesti dibayar oleh Dato’ Siti, Mawi dan Nabil yang sedang popular dan wang mengalir masuk ke dalam bank mereka laju macam air tu? Jangan pula tak declare ya…Semua orang tahu wang masuk mereka besar!!!

Anda bagaimana? Dah mengisi borang cukai? Jangan lupa, cuma ada tiga hari lagi. Cepat, nanti terlewat. Walaupun kita mengisi borang melalui internet, namun jika terlalu ramai yang nak membuat pengisian pada saat-saat akhir, talianpun menjadi jam. Sudahnya, kita juga yang susah nanti.

Apa pun, selamat mengisi borang cukai.

Statistik pengunjung…

Hari ini terperanjat juga saya, kerana statistik pengunjung berkurangan banyak sangat. Kenapa? Rupa-rupanya WordPress sedang memperbaiki sistemnya. Sebab itu angka di statistik pengunjung turun banyak sangat.

Tak apa, tak lama lagi akan kembali ke angka asal…

Blog anda bagaimana?

Pendapatan 90% lebih tinggi…

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hello Graphics

Sekadar nak cerita tentang berniaga. Pendapatannya hampir 90 % lebih tinggi daripada apa yang kita dapat bekerja dengan orang…

Macam mana???

Wadah bangsa…

Bersyukur kerana TV1 kembali menjadi saluran nasional yang benar-benar nasional dan ada jati diri. Saya pernah merungut tentang berita di TV1. Ada yang kata “Kalau tak suka, keluar atau letak jawatan saja.” Dalam kata lain, awak tak ada hak bersuara!

Ketika Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim “kembali” ke kementerian Penerangan, “kemusnahan” yang dilakukan dalam tiga bulan ini akan dibaiki. Mantan KPP pernah menyuarakan bahawa saluran TV1 adalah saluran nasional untuk membina wadah bangsa Malaysia. Tapi ada yang lebih pandai menyatakan orang RTM ketinggalan zaman, jumud dan pelbagai lagi yang buruk-buruk tentang orang RTM yang dah berkhidmat berpuluh-puluh tahun di RTM dan yang benar-banar faham dasar bangsa berdaulat.

Alhamdulillah, tak lama lagi, berita nasional akan kembali menggunakan bahasa Melayu. Kalau kita tidak bangga dengan bahasa kebangsaan kita, siapa lagi??? Tak kiralah kita dari kaum mana, penguasaan bahasa Melayu itu wajib. Pergilah ke negara Jepun, Peranchis, German, China, Indonesia dan negara bermaruah yang lain, masing-masing bangga dengan bahasa rasmi negara masing-masing.

MACAM MANA TU???

Kebelakangan ini heboh tentang perjuangan pencinta bahasa Melayu supaya bahasa pengantar mata pelajaran Mathematik dan Sains ditukar kepada bahasa Melayu dan ramai yang bersetuju. Namun jika dikaji, mereka yang memperjuangkan bahasa itu fasih bahasa Inggeris kerana mereka terdedah dengan bahasa itu sejak awal lagi. Malahan ramai yang melajutkan pelajaran di peringkat MA dan PHD mereka di Amerika, England dan negara yang menggunakan bahasa Inggeris.

Kita bangga dengan mereka kerana berjuang memartabatkan bahasa Melayu. Tapi mari kita menjadi rasional. Dalam zaman serba canggih ini, jangan lupa bahasa Inggeris juga penting. Jika tidak mengapa mereka yang rata-rata berpelajaran tinggi, fasih dalam bahasa Inggeris dan bertutur dalam bahasa Inggeris dalam persidangan dan mesyuarat dalam negara?

Jika nak bentang kertas kerja di dalam negara juga ada yang menggunakan bahasa Inggeris. Di luar negara apatah lagi. Bahasa Inggeris itu lingua franca. Tetapi tak kan di dalam negara juga berbahasa Inggeris? Bila bahasa kita nak berdaulat? pak menteri menjawab soalan dalam bahasa Inggeris. Macam mana tu?

Saya pernah berkerja lebih 4 tahun di luar negara. Pernah juga berkursus berbulan-bulan lamanya di luar negara. Jika saya tidak faham dan tidak faseh bahasa Inggeris, jangan harap saya layak BERKURSUS DAN BERKERJA di luar negara.

Saya bersyukur kerana saya melanjutkan pelajaran dari sekolah Melayu ke remove class dalam tahun 70an. Hinggalah saya ke form five mengambil MCE ketika itu. Kemudian apabila saya memasuki tingkatan enam saya belajar pula dalam aliran Melayu. Susah juga nak mempelajari istilah-istilah geography khususnya. Kebetulan guru kelas ketika itu seorang yang anti bahasa Inggeris. Jadi apabila budak perempuan dari sekolah Inggeris INI menyebut nama negara seperti Canada bukan Kanada, saya disindir dan dimarahi. Akhirnya saya tak berani bercakap bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris saya jadi berkarat ketika itu.Nasib baik saya diterima masuk ke UM.

Oleh kerana saya dari English Medium ketika di sekolah menengah, saya tidak boleh mengambil mata pelajaran bahasa Inggeris ketika di UM. Saya mengambil bahasa Belanda dan Arab. Dalam hati saya lebih berminat mahu polish bahasa Inggeris yang dah mula berkarat. Tapi tak boleh. Akhirnya bahasa Inggeris saya tak berapa hebat seperti rakan-rakan saya di UITM. Namun saya bersyukur, kerana saya berjaya berkerja di RTM dan tugas pertama saya di RTM pada tahun 1982 ialah menterjemah skrip Window of The World dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Saya memperbaiki pemahaman bahasa Inggeris saya. Namun tidak sehebat rakan dari UITM.

17 tahun selepas itu saya berjaya ke Radio Japan, NHK World, sebagai penyiar, juga membuat terjemahan skrip daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. (Saya juga mempunyai diploma penterjemahan di samping Ijazah dalam Pengajian Kreatif dan Deskriptif (Sekarang Pengajian Media) dari UM)

Sekiranya saya tidak faseh dalam bahasa Inggeris tidak mungkin saya diterima ke NHK. Begitulah juga jika sesiapa juga nak bertugas di luar negara, bahasa Inggeris penting. Penting sangat. Soalnya, jika kita tidak terdedah dengan bahasa itu, bagaimana kita nak faseh?

Saya bersyukur anak saya Aini, sejak darjah satu selepas balik dari Jepun TAHUN 2003, terlibat dalam pengajian Sains dan Maths dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (mula diperkenalkan tahun 2003). Dia mendapat 5A dalam UPSRnya. Kini bahasa Inggerisnya bagus.

Anak buah saya, Mohd Faiz juga ke tingkatan satu tahun 2003 iaitu mulanya bahasa Inggeris di perkenalkan sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Maths. Alhamdulillah, dia mendapat 11A1 dalam peperiksaan SPMnya. Bahasa Inggerisnya hebat. Kini mengambil kelas persiapan express untuk melanjutkan pelajaran peringkat Universiti di luar negara.

Jika anak Melayu tidak didedahkan dengan bahasa Inggeris, anak Melayu akan ketinggalan. Swasta menawarkan kerja kepada yang faseh berbahasa Inggeris. Jikalau swasta juga mendaulatkan Bahasa Melayu, tidak apa teruskan kita melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Maths dan Sains. Malangnya ini tidak berlaku.

Alangkah bagusnya jika semua pihak, daripada pak Menteri, jabatan kerajaan, swasta, bank, polis dan semua menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian, mesyuarat dan surat menyurat. Barulah kita tidak takut anak-anak kita susah mendapat kerja. Ini tidak berlaku. Jadi macam mana tu?

Bahasa Melayu mesti didaulatkan, tetapi bahasa Inggeris juga penting!!!Jangan anak-anak Melayu ketinggalan.

Susan Boyle…hebat!

Susan Boyle…the biggest YES has ever been given in Britains Got Talent…most viewed in YouTube.” Demikian berita dalam internet…

Hebat sungguh. Video clip Susan Boyle dah lebih 3.5 juta kali ditonton di seluruh dunia dalam dua hari ini dan semua komen yang ditulis memberikan kata-kata peransang kepadanya yang pada awal kemunculannya di pentas di anggap remeh oleh ramai termasuk juri dan penonton.

Tetapi sebaik beliau membuka mulut menyanyikan I dreamed a dream oleh Les Miserable, semua orang terpaku dan ternganga mulut termasuk Simon Cowel. Kata Simon, “Susan, you can go back to the village with your head held high for 3 Yesses!” ha tu dia, “don’t judge the book by its cover!”

Bila agaknya kita akan dapat cari artis kita yang ada vokal hebat sungguh macam tu???

Senyum…

“Senyum itu satu sedekah” demikian sabda Rasulullah Saallahualaihiwasallam.

Soalnya mengapa ada orang apabila bertemu dengan orang yang dikenali sekalipun susah nak senyum? Masam mencuka. Patutnya boss senyum kepada anak buahnya, begitulah sebaliknya. Bukan rugipun. Malahan senyuman boleh menceriakan hati semua.

Saya selalu juga terserempak dengan pegawai yang satu ketika dulu lebih junior daripada saya, dan nasib dan rezekinya lebih baik, dia dinaikkan pangkat lebih awal daripada saya. Wah semua sudah berubah, tidak lagi senyum seperti dulu. Tanggungjawab lebih besar? Tapi gaji kan lebih besar. Apa salahnya senyum kepada orang yang lebih bawah pangkatnya. Martabat kita tidak jatuh, bahkan lebih tinggi!

Anak-anak buah juga begitu. Tak salah bagi senyuman kepada sesama rakan dan juga kepada boss.

Alangkah indahnya hari hari yang berlalu jika kita melemparkan senyuman ikhlas kepada sesama kita. Hari akan menjadi lebih cerah ceria!!!

Nama baru…

Barisan kabinet baru telah diumum. Kementerian Penerangan telah menjadi Kementeri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Agaknya apa kependekannya nanti? Kita tunggu Menteri baru kita buat pengumuman.

Tahniah kepada Menteri kami yang baru, YB. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang pernah menerajui Kementerian Penerangan satu ketika dulu, sekitar tahun 1980an. Ketika itu saya baru saja menjejakkan kaki ke Kementerian ini, lebih 20 tahun lalu.

Semoga menteri baru akan lebih perihatin akan rintihan hati warga kementerian khususnya orang-orang RTM yang selama ini dianggap tidak kreatif, tidak mahu berubah dan perlu pembaharuan. Semoga YB. tengok persekitaran warga bekerja. Para penerbit RTM yang duduk di bilik yang sempit. 27 tahun lalu, duduk di bilik yang sama saiznya walaupun dah naik pangkat. Malahan ada yang apabila bertukar tak tahu nak duduk di mana…pun berlaku.

Harap Dato’ Seri turun padang dan tengok persekitaran warga yang setia bekerja…bandingkan dengan PTD, yang pangkatnya yang sama!!!

Kebajikan perlu dilihat dan dijaga. Persekitaran tempat kerja mesti fun, menyeronokkan kerana tempat kerja boleh dikatakan sebagai rumah kedua atau bagi sesetengah orang rumah pertamanya. Barulah orang kreatif boleh benar-benar berkreatif…

Memberi salam yang betul…

Saya terbaca satu penjelasan yang dipanjangkan oleh seorang saudara Islam yang ditampalkan di papan kenyataan di IPPTAR. Katanya di antara lain terdapat orang yang malas sangat. Perkataan “Assalamualaikum” dipendekkan dalam SMS atau email menjadi “akum” saja. Jangan diamalkan kerana perbuatan itu adalah berdosa kerana kita menyumpah orang, bukan mengirim salam.

“Akum” adalah perkataan yang bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani yang selalunya digunakan oleh orang Yahudi memanggil orang-orang bukan Yahudi.

Begitu juga, jika nak mengirim salam, sebutlah “Kirim salam assalamualaikum kepada ….(sebut nama)” jangan cuma sebut “kirim salam pada….(sebut nama)” sahaja.

Sama-samalah kita berkongsi ilmu…

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN 3

Lagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris diJepunkan.

MELON = MERON

HAMBURGER = HAMBAGA

SOUP = SUUPU

TRAY = TOREI

SANDWICH = SANDO-ITCHI

CUPCAKE = KAPPUKEEKI

JUICE = JUUSU

Cukup untuk hari ini.