Archive for January, 2009

CINTA DI TOKYO (Part 21): “Mr Hussen & makanan halal…

Beberapa minggu berulang alik ke Ueno, Alisa rasa penat sangat. Tambahan perangai Aini semakin menjadi-jadi sekarang. Dah pandai minta itu ini. Kalau tak dibeli dia meraung kuat. Kalau nak dimarah, takut raungannya semakin kuat. Apa pula kata orang, nanti orang fikir Alisa mendera anak.

Dia bertekat. Kali ini mesti cari jalan. Alisa menemui Mr. Hassan, pakar bahasa Urdu dari Pakistan. “Excuse me  Hassan san, besides Ueno, where to get halal food here in Tokyo?” tanyanya. Ketika itu mereka sedang minum petang di tingkat 8. Alisa menghirup kopi panas yang dibeli dari vending machine. Dia juga menjamah onigiri, nasi kepal berisi tuna, yang dibungkus dengan nuri atau rumput laut yang boleh dimakan. Sedap.

Oh…Alisa san, I will give you the telephone no of Mr. Hussein. He’s a Pakistani who supply halal foods around Tokyo …and even outside Tokyo.”

Sejak itu Alisa memesan makanan halal daripada Mr. Hussein.  Hari ini pesan, esok sampai. Makanan itu disejuk bekukan. Dbungkus dalam kotak dan diihantar ke rumah dengan van.  Mr. Hussein sendiri menghantarkannya. Peramah orangnya. Memang pandai warga Pakistan berniaga.

Alisa memesan ayam empat lima ekor, daging beku dari Australia, udang dan lain-lain. Tidak lupa rempah ratus, garam masala dan serbuk santan yang diimport dari Sri Lanka. Santan dari Sri Lanka amat sedap, wangi dan segar. Tidak sama dengan dari Malaysia, fikir Alisa.

Sekali tempahan harganya boleh tahan, kira-kira 20,000 yen atau kira-kira RM600.00. Itu baru untuk seminggu. Mahal, tetapi semuanya termasuk juga beras basmati dari Pakistan, yang rasanya sungguh sedap. Tak pernah jumpa lagi di Malaysia.

Alisa suka makan nasi Jepun, tetapi sekali sekala, dia suka menukar selera memasak nasi Pakistan. Wangi. Beras Jepun boleh didapati di kedai farmasi di dekat rumahnya. Di farmasi, ada beras, makanan kering dan dalam tin, juga kicap dan minyak masak. Juga ada barangan make-up dan sebagainya. Mudah sangat. Sabun dan pencuci rumah juga ada di sini. Pendeknya keperluan rumah harian ada di sini, termasuk toilet paper.

Setiap kali menelefon Mr. Hussein, peniaga itu sudah mengenali suaranya. Alisa rasa mudah memesan makanan begitu, tak perlu keluar rumah. Tetapi sekali sekala mahu juga dia membawa keluarganya ke Ueno, membeli pakaian dan sebagainya.

Kadang-kadang apa yang dipesannya menjadi lebih banyak, apabila Mr. Hussein datang ke rumah. Dia melihat-lihat apa yang ada dalam van Mr Hussein, memilih dan membeli lagi. Boleh juga mencecah hingga 30,000 yen, atau RM900.00. Giler. Kalau di Malaysia, tak adalah berbelanja dapur hingga hampir seribu ringgit. Paling tinggi dua tiga ratus ringgit.

Barang-barang di Jepun mahal. Tak apalah, kira dolar to dolar, fikir Alisa. Jangan fikir yang lain. Aku terima gaji di Jepun, jadi tak bimbang sangat. Fikirnya memujuk rasa.

Dia amat bersyukur bertemu Mr. Hussein, kerana memudahkannya. Dia wanita bekerjaya, susah nak keluar membeli barang setiap hari. Terima kasih Mr. Hussein. Tersengeh Mr, Hussein menunjukkan gigi puteh melepaknya setiap kali Alisa berkata “Arigato gozaimasu.”

“DR. SMS” VS. “RAJA SMS”…

“Hah? Dr.  SMS? Siapa tu?”  Pernah aku bertanya seorang kawan yang bercerita tentang  “Dr. SMS” yang kacak lawa ini.  Ketika itu, Dr. SMS baru balik ke bumi dari angkasalepas. Oooo, rupanya Dr. Sheikh Muszaphar Shukur, angkasawan pertama Malaysia.

Ini tajuk dalam berita hari ini. ” Sheikh Muszaphar Popular di Palestin”. Sebenarnya kita sepatutnya berbangga kerana Dr. SMS sanggup pergi ke Palestin yang bergolak. Beliau telah berkunjung ke sana selama 5 hari, di samping meninjau keadaan penduduk Palestin yang malang.

Rupa-rupanya beliau dikenali di kalangan kanak-kanak di sana yang memanggil beliau Austronaut (angkasawan). Siapa kata beliau hanya popular di Malaysia saja? Beliau ke sana bersama-sama dengan 2 lagi doktor perubatan daripada sebuah pertubuhan NGO  iaitu dari Dewan Pemuda Masjid Malaysia bagi memberikan rawatan perubatan secara sukarela kepada mangsa serangan regim Zionis. Tahniah dan tabik kepada Dr. SMS.

Saya teringat baru-baru ini, tuduhan mengatakan beliau memperoleh hampir 1.2 juta kerana mengambil bayaran bagi ceraman-ceramahnya kepada umum. Namun ternyata tuduhan itu tidak berasas. Bagi saya, apa salahnya jika benar beliau mendapat bayaran? Apa salahnya?

Kalau orang berilmu, mempunyai pengalaman yang tidak ada pada orang lain yang pergi membuat penyelidikan di pusat angkasalepas sepertinya, menggadai nyawa ke angkasalepas dan satu-satunya orang Melayu yang menjadi angkasawan, jika diberi bayaran kerana ceramahnya,  apa salahnya? APA SALAHNYA? Cuba lihat Mawi, tak ada ilmu yang banyak, tapi orang mengagung-agungkannya hingga rak satu Malaya. Berkahwinpun di uar-uarkan di TV hingga nak pecah kaca TV,  diberi penghormatan hingga begitu sekali, kenapa tidak kepada Dr. SMS yang  berilmu dan berjasa?

Mawi (raja SMS) dah jadi kaya raya sekelip mata, lebih kaya daripada Dr. SMS. Tak ada orang kecohpun apabila Mawi menerima bayaran ribuan ringgit untuk satu show. Kenapa jika orang yang berkhidmat kepada masyarakat, membanggakan negara dan menjadi idola remaja masa kini seperti Dr. SMS kita nak bising???

Nampak sangat masyarakat kita lebih pentingkan hiburan berbanding dengan ilmu.

Saya ada terbaca berita tentang Dr. SMS ini. Beliau juga berkongsi modal niaga dengan rakannya Chef Ismail membuka restauran elit di Bangsar. Kiranya beliau boleh juga dipanggil “Usahawan dan Angkasawan”… Tak perlu duit ceramahpun beliau dah ada tittle “…wan”. Mungkin.

Kepada Dato’  Dr. Sheikh Muszaphar (Dr. SMS) teruskan dengan perjuangan anda memberi motivasi kepada anak bangsa,  kerana ilmu itu bukan diperoleh sehari dua atau seperti mendapat undi SMS . Anda bertungkus lumus menuntut  ilmu hingga ke India dan jauh ke luar negara lain dan anda juga berkongsi pengalaman itu dengan anak bangsa.  Syabash…

CINTA DI TOKYO: Part 18: “Alien Card for Gaijin”

Alisa san, I will take to Shibuya Ward Office to make alien cards for you and Aini chan” Hori san memberitahu Alisa pada hari kedua dia di Tokyo.

Pardon ?  What card?”

“Alien card…for foreigner who stays in Japan for more than 90 days. Every foreigner has to to has the card..It’s a kind of identity card for you Alisa san.” Jelas Hori san.

I see

Esoknya pagi-pagi lagi Alisa, Aishah dan Aini dibawa menuju ke pejabat daerah Shibuya tidak jauh dari bangunan NHK. Mereka berjalan kaki dari rumah melalui NHK dan sampai ke pejabat daerah kira-kira 15 minit dari rumah.

Mereka ke tingkat 3. Melintasi dari satu bahagian ke bahagian yang lain di pejabat yang luas itu. Di sini juga terletak bahagian pemeriksaan kesihatan untuk kanak-kanak. Hori san menjelaskan bahawa nanti dia akan membawa Alisa dan Aini untuk pemeriksaan kesihatan Aini.

Alisa melihat suasana tempat beberja orang-orang Jepun. Tak banyak berbeza dengan di Malaysia. Namun para pekerja di sini nampaknya amat berdisiplin. Setiap pertanyaan dilayan bersungguh-sungguh. Masing-masing dengan cara layanan yang sungguh mesra dan kelihatan ikhlas, dan dihiasi dengan senyuman yang manis menawan.

Alisa mengisi borang yang diberikan oleh kakitangan di kaunter. Hori san menjelaskan satu persatu apa yang perlu diisi. Borang itu dalam bahasa Inggeris. Tak masalah bagi Alisa. Dia mengisi borang untuk dirinya dan untuk Aini. Aishah tidak perlu kad tersebut kerana memegang visa lawatan sebagai pelancong.

Borang siap diisi. Dia menyerahkan gambarnya dan gambar Aini untuk di lekatkan pada kad itu. Proses tersebut tidak panjang. Akhirnya siap dalam beberapa minit saja.  “Arigato gozaimansu.” Ucapnya. Pegawai di kaunter membalas senyuman mereka dengan mesra sekali.

“”Hori san, what is alien in Japanese?”

“Gaijin.” Kata Hori san.

Mulai saat itu dia selalu mendengar perkataan gaijin. Barulah dia tahu rupa-rupanya gaijin ialah orang asing maksudnya. Dan ‘alien card’ amat penting di bawa ke mana-mana saja. Untuk membuka akaun bank, Alisa perlu ada Alien card, untuk menyewa rumah juga perlu Alien card, malahan untuk apa juga perkara, jadi Alisa tak nperlu membawa pasport ke mana-mana jika keluar dari rumah. Pasport boleh disimpan saja di rumah. Dia tidak perlu risau atau bimbang kecurian, kerana di negara mata hari terbit itu jarang sekali berlaku kejadian pecah rumah atau kecurian barangan. Malahan boleh dikatakan tak ada langsung…kalau adapun sekali sekala saja, itupun angkara orang gila atau gaijin, bukan orang tempatan. Orang Jepun jarang lakukan jenayah kecil-kecilan begini. Kalau besar tu, adalah Alisa dengar, melibatkan bilion-bilion yen…kelas gitu.

Cuti-cuti Malaysia: BUKIT TINGGI 4…

Dah lupa nama Resort di Bukit Tinggi, Pahang ini. “De Colma”? Tak pe lah. Tengoklah rekaan bangunan ala Peranchis yang cantik ini. Saya suka warna warninya. Tengok di luar kham-156tingkapnya…ada pokok bunga lagi…cantik!kham-148kham-084

CINTA DI TOKYO: Part 19: “UENO…”

Memulakan hari-hari di Jepun, Alisa rasa susah juga nak mencari makanan halal. Dia hanya membeli ikan segar di pasar mini berdekatan rumahnya. Sayur-sayuran segar mudah didapati, kerana ada sebuah gerai berhampiran rumahnya. Gerai itu terletak tidak jauh dari 7 eleven, orang Jepun panggil “Sebun Elebun”. Mula-mula Alisa, Aishah dan Aini selalu mengajuk perkataan itu, kerana iklannya di TV sering diputarkan.

Di NHK Alisa bertanya kepada Hendra, di mana boleh membeli ikan segar dan makanan import dari Malaysia, Thai dan sebagainya.

“Ueno” jawab Hendra.

Hujung minggu, Hendra dan Miko membawa Alisa dankeluarga ke Ueno. Wah sesak sungguh suasana di sana. Ramainya orang khususnya dari Asia. Di sini semua barangan dari Asia ada. Rempah, asam jawa, kicap halal, mee segera maggi, dan serba mak nenek lagi. Ikan segar dan ayam halal juga ada.

Wah, Alisa membeli sakan. Aishah membimbing tangan Aini, Alisa membeli sakan. Akhirnya barangan yang dibeli menjadi terlalu banyak dan berat. Alisa terpaksa meminta Hendra tunjukkan kedai beg. Dia membeli beg sorong beroda yang harganya cuma 1000 yen, atau RM30.00 untuk mengisi barang-barang makanan yang dibeli. Dia menganggarkan barang makanan itu boleh tahan hingga seminggu. Minggu depan dia akan datang ke sini lagi, menaiki Yamanote line dari Shibuya. Apa nak takut, Yamanote line ini laluannya berkeliling dan berbentuk bulatan bujur. Dari Shibuya melalui beberapa stesen, dan sampailah ke Ueno. Jauh juga fikirnya, dalam setengah jam lebih juga baru sampai ke Shibuya.

Setiap minggu dia akan di Ueno. Sampai satu ketika, Alisa berasa letih sangat. Kalau di Malaysia, bawak kereta, parking dan membeli belah di pasar segar. Di sini, terpaksa berjalan ke eki/ stesen keretapi dan menaiki keretapi dan berbelanja. Dia mesti mencari jalan lain. Bagaimana mendapat bekalan makanan halal tetapi mudah? Akan ku cari juga caranya. Fikir Alisa.

Berbelanja di Ueno memang menyeronokkan, tetapi penat. Melalui celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu bagaikan arus air mengalir laju tidak hentinya. Mereka ke Ueno sejak awal pagi, bergegas balik mengejar waktu solat. Dan sampai di rumah kaki terasa sakit sangat…Namun dia puas.

Ueno menempatkan banyak muzium seperti  Muzium Nasional Tokyo dan Muzium Sains Tokyo. Zoo juga ada. Nanti Alisa akan membawa anak-anaknya melawat zoo Ueno pula. Namun untuk kali ini, dia rasa cukup dengan membeli belah di situ. Penat tidak terhingga.

ueno-2

BUKIT TINGGI 3…

Mari cuti-cuti Malaysia…masih di Bukit Tinggi…kali ini mari kita lihat persekitaran depankham-359kham-357kham-166 Japanese Village…

Warga China Muslim di BEIJING…

2006, Beijing. Kunjungan yang sungguh menyeronokkan. Mana tidaknya bercuti dengan rakan-rakan kerja di RTM setelah penat lelah bekerja kami mengambil cuti bersama-sama untuk menikmati percutian beramai-ramai.

Ini pertama kali aku ke Beijing. Anehnya ketika di Jepun selama empat tahun, tak pula saya rasa nak ke sana. Padahal dah dekatdah tu…Namun teringat juga kenapa begitu. Chao kun, penerbit di NHK (warga China dari Beijing yang menamatkan pengajian peringkat masters di Jepun) yang bertugas bersama denganku di NHK menyatakan tambang dari Tokyo ke Beijing lebih harganya berbanding dengan tambang pergi balik dari KL ke Beijing. Tak jadilah nak ke sana. Di fikirkan, rugi juga tak pergi. Chao Kun, kira macam adik angkat jugalah, dah ajak berkali-kali, tapi tak pula minat nak pergi. Katanya ramai orang Islam di Beijing, nak makan senang. Tak pergi juga.

Tak apalah, walau bagaimanapun, dapat juga ke sana. Paling teruja kerana di sana mudah nak makan. Banyak restauran yang menghidangkan makanan halal, milik warga China Muslim. Apa lagi, waktu makan, berebut-rebut, kerana kelaparan agaknya. Maklumlah, musim sejuk, cepat laparnya.

Setiap hari, kami  ke masjid dahulu untuk bersolat sebelum bershopping. Ada juga kami berjemaah, tetapi pernah sekali, apabila tok imam ajak berjemaah, kami sibuk menolak kerana nak buat solat jamak. Hari ini saya rasa rugi sangat. Kalau ada peluang nak ke masjid yang sama mengerjakan solat berjemaah.

Saya sempat bergambar dengan para petugas di Masjid Nan Dou Ya di Beijing. Kalaulah saya faham bahasa China, pasti lebih seronok. Mereka amat baik melayan kami dengan ikhlas. Menunjukkan di mana boleh solat dan di mana bilik air dan tempat berwuduk.

Seni melukis seramik juga popular di kalangan warga China Muslim.  Nanti akan saya poskan gambar pasu besar seramik yang dihias dengan lukisan ayat-ayat suci oleh mereka.beijing-tour-9-14-feb-06-058beijing-tour-9-14-feb-06-061

Kenangan di MUTIARAfm…

kham-224Hampir dua tahun mengetuai stesen di utara tanah air, pelbagai kenangan manis aku kumpulkan. Paling banyak kenangan manis. Di sini aku mengutip memori indah dengan mencurahkan bakti dan memperoleh peluang memperbaiki persekitaran bekerja yang murni. Anak-anak buah yang semakin harmoni dan suasana tempat kerja yang semakin indah. Kita bangunkan ummah dengan membanyakkan program ilmu, program rohani dan tidak lupa info semasa dan hiburan santai. Kita gabungkan semua menjadi wadah perjuangan bangsa.

Terima kasih semua di MUTIARAfm kerana memberi sokongan kepada saya ketika di sana, termasuk kerajaan negeri sebelum ini, kepada ustaz-ustaz dan ustazah di sana, kepada warga kerja yang baik hati dan kepada sesiapa  saja yang bersiaran di MUTIARAfm.

Kita mempunyai peranan membangunkan bangsa ini. Ingat itu. Pasti kita tidak tersasar.

Kuarters yang banyak berjasa…jg rakan-rakan yang baik.kham-207

Di kaki Fuji san…

Ini pula gambar ketika kami di kaki Gunung Fuji. Musim sejuk, salji tebal di gunung, tak boleh panjat…sampai di kaki gunungpun jadilah.kham-416Gambar kurang jelas kerana diambil daripada album dengan kamera telefon sekali lagi.  CD hilang dan kamera juga hilang. Aini masih kecil..pandai bergaya juga tu…Ini bersama Zul, pelajar Malaysia di Jepun yang bekerja sambilan di NHK dan kakak iparku kak Ani. kham-403kham-422

Gambar di NHK, sakura dan maple…

Ini gambarku dan Amelia (pelajar Malaysia di Jepun) ketika bersiaran membaca berita di NHK.  Jg gambar di musim bunga, kham-393 dengan sakuranya berkembangkham-392kham-399dan musim luruh di celah daun maple…gambar diambil daripada album…CD hilang, diambil dengan kamera telefon sekali lagi..tak jelas sgt. Tapi ok!