Archive for October, 2009

CINTA DI TOKYO: Part 36:”Ke mana dia?”

Selepas menghantar makanan untuk Aini di Hoikuen/tadika di Mainocho, Alisa terus mengayuh basikal ke rumah. Dia meletakkan basikal di tempat yang disediakan di apartmentnya. Banyak basikal tersusun kemas. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30 pagi. Masih ada masa. Ya, dah tiga hari dia tak start kereta Honda Odessey miliknya yang di letak di parkir kereta di bahagian depan apartment. Mungkinkah hari ini akan turun salji? Ramalan kaji cuaca kadang-kadang tersasar juga. Menurut ramalan, hari ini salji akan turun di Tokyo, entahlah, mungkin tidak mungkin ya. Selalu juga dia dan teman-teman menanti turunnya salji, tapi selalu juga kecewa. Anehnya apabila tidak menunggu, salji turun pula.

Dia melintas jalan di depan rumah menuju ke kereta. Hatinya tergerak untuk membeli teh panas melalui vending machine. 150 yen se tin. Hmm, lega rasanya tangan yang kesejukan ini apabila dapat memegang tin yang panas…cuaca hari ini sejuk sangat.

Excuse me, do you have a change? I need 150 yen, but I don’t have a small change“. Hah? Suara pemuda semalam tak salah aku? Fikirannya mula bercelaru? Betulkah aku emendengar suaranya tadi?

“Yes?” Dia menoleh ke belakang. Tersirap darah sekali lagi. Tak salah lagi, memang dia.

“Gomen nasai!” (Maafkan saya)

“Daijobu(tak apa) …I have 150 yen” Dia mengambil wang siling 150 yen dari dalam beg tangannya dan dihulurkan kepada jejaka itu. Macam mana dia ada di sini? Dia mengekori aku ke? Dia semakin berdebar.

“Hait, arigato gozaimasu” (Ya, terima kasih) Lelaki itu menghulurkan seribu yen kepada Alisa.

“It’s ok…no problem”

“Are you sure?”

“Yes, please!”

Cepat-cepat dia berlalu ke kereta. Bimbang lewat nanti nak ke tempat kerja. Matanya sempat menjeling ke arah lelaki kacak itu yang berlalu ke vending machine. Ooo, baru dia tahu, rupanya lelaki itu nak membeli minuman. Memang patutpun, cuaca sejuk begini, memang enak meminum minuman panas.

Alisa membuka pintu kereta. Dia mula memanaskkan engin kereta. Sambil mendengar radio dia menghirup teh panas yang semakin sejuk. Cepatnya sejuk teh ini, fikir Alisa.

Dia menoleh ke arah vending machine di tepi jalan depan apartment empat tingkatnya. Mana lelaki tadi? Dah hilang? Kenapa dia ini, sekejap ada, sekejap tak ada. Macam iklan biskut di Malaysia. Ke mana dia? Jantung Alisa berdegup kencang seolah baru berlari satu kilometer.

CINTA DI TOKYO: Part 35: “Hitomi chan”

Cuaca semakin dingin. Alisa mencapai kunci basikalnya. Dia melalui celah-celah deretan basikal yang semakin kurang berbanding siang tadi. Ramai yang telah pulang ke rumah masing-masing. Dia mahu cepat sampai ke rumah kerana pengasuh Aini, gadis Jepun pelajar Universiti di Tokyo masih berada di rumah. Alisa mesti sampai sebelum jam 10.30 malam, jika tidak dia terpaksa menambah 1,500 yen lagi upah penjaga itu untuk setiap jam. Satu hari lima jam, bermakna sehari upah pengasuh Aini sebanyak 7,500 yen. Huh, dua puluh hari bermakna 150,000 yen atau RM4.500 sebulan. Kalau nak ditambah lagi 1,500 teruklah aku…

Buat seketika dia terlupa wajah tampan pemuda tadi. Dia berkira-kira dalam hati, aku mesti sampai sebelum jam 10.30 malam.

Sesampainya di rumah dia terus membunyikan loceng pintu. Sebentar selepas itu muncul wajah comel Hitomi chan gadis Jepun yang kecil molek.

“Tadaima…” Alisa menyapa Hitomi chan, bermaksud “Saya dah balik”, sebutan biasa orang Jepun apabila seseorang balik ke rumah.

“Okairi..Alisa san” Selamat balik. Sapa Hitomi chan.

“How is she today?” Tanya Alisa merujuk kepada Aini anaknya yang kini berusia 5 tahun.

“She’s already sleeping. Came back home, I bathed her, after that she took her dinner and we play with her dolls for an hour and after that I read her Japanese story book.” Hitomi menjelaskan panjang lebar tentang kegiatan Aini selepas balik dari Hoikuen jam 6.30 petang tadi. Dia juga menjelaskan Aini banyak ketawa dan gembira hari ini, sama seperti hari-hari lain sebelum ini.

Kertas bertulis bahasa Jepun menandakan kehadirannya dan kepulangannya dihulurkan untuk ditandatangani oleh Alisa. Alisa menandatangani kertas biru dengan salinan dalam warna putih untuk simpanannya.

Hitomi mengucapkan terima kasih dan meminta diri untuk pulang. Jam menunjukkan pukul 9.53. Alisa menarik nafas lega, kerana tidak perlu mengeluarkan bayaran tambahan untuk kali ini. Sama seperti hari-hari sebelum ini kerana dia sentiasa bergegas pulang kebelakangan ini sejak menggunakan khidmat pengasuh Jepun.

Selepas mandi, bersolat dan sebelum melelapkan mata, Alisa terus memikirkan tentang anaknya. Direnungnya wajah comel Aini yang sedang tidur. Dia mencium pipi anak itu dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar.

Buat pertama kalinya sejak bertemu lelaki tampan di eki Tokiwadai, dia merasa tenang. Akibat terlalu letih dia terus terlena di dalam selimut tebal eletrik dalam musim sejuk yang dingin itu.

CINTA DI TOKYO: pART 34: Apa kena denganku?

“Alisa san, sebutan nama penuh Koizumi san salah lagi!!!” Terkejut dia ketika ditegur oleh Hori san dari luar studio. Ketika itu Alisa sedang membuat rakaman membaca ulasan berita di studio di tingkat 6.

“Ah, gomen, gomen, gomenasai!” Alisa kesal dengan kesilapan yang dilakukan buat sekian kalinya. Berkali dia meminta maaf.

Ish, kenapa aku ini? Tak dapat concentrate ini. Asyik salah je hari ini. “Saya ulang para dua sekali lagi, gomen ne!”

Kali ini aku mesti fokus, fokus dan fokus kepada kerja. Tak pernah dia begitu hilang fokus semenjak bekerja di sini. Mana tidaknya, dari siang tadi, wajah pemuda Jepun yang tampan itu sering bermain-main dalam ingatannya.

“Alisa san, what happen to you today?, are you ok?” Tanya Hori san agak kaget selepas rakaman selesai.

“I’m sorry, just not feeling well today!” Alisa memberi alasan. Tapi hatinya terasa semacam saja hari ini. Bergelora, berkecamuk, berbunga-bunga, gusar dan bercampur aduk. Mahu dia membuang perasaan tu jauh-jauh.

Issh, aku tak layak untuk merasai perasaan ini. Siapa aku? Berkali-kali dia mengingatkan dirinya sendiri. Aku janda anak seorang, merantau di tempat orang, mencari rezeki dan mengumpul pengalaman demi sebuah pencarian mengubat hati yang luka, kenapa aku boleh jatuh hati lagi setelah hatiku amat parah terluka? Dia terus mengutuk dirinya sendiri.

Nasib baik ketika siaran berita dia dapat membaca dan menyampaikannya dengan lancar. Alisa berfikir sepanjang perjalanan ke stesen dan menaiki keretapi untuk pulang ke rumahnya di Tokiwadai. Dia tidak sedar bila dia sampai ke tempat meletak basikal. Berderau sekali lagi darahnya apabila tangannya mencapai basikal. Di sini pertemuan bermula…di sini hatiku dicuri lagi!

CINTA DI TOKYO: Part 33: Hatiku dicuri lagi…

Sepanjang perjalanan keretapi dari Ikebukoro ke Shibuya jantung Alisa terus berdegup kencang. Wajah tampan lelaki Jepun tadi terus bermain-main dalam kotak fikiran Alisa. Terbayang saat ketika tangannya ditarik ketika terjatuh di tempat letak basikal di tepi eki…”daijobu desuka?” Perkataan hikmat itu terus terngiang-ngiang dalam fikirannya. Terasa darah berderap naik ke mukanya yang memang sudah kemerah-merahan kerana cuaca sejuk dalam musim sejuk itu.

Betapa aku tidak dapat melupakan wajah tampan itu…fikirnya terus. Kulit lelaki itu puteh melepak, tubuhnya yang tinggi lampai, tangan sasanya menarik tangannya untuk bangun daripada tersepuk jatuh. Rambutnya hitam pekat, kemas disisir, keningnya lebat dan hitam, hidungnya mancung, bibirnya kemerahan, matanya tidak sepet, tetapi wah, berkaca-kaca, aduh, jantung Alisa terus berdegup-degup…

Tak sedar, dia dah sampai ke stesen Shibuya, terus dia berlari di celah-celah ratusan orang yang sama-sama mahu cepat sepertinya. Entah macam mana, Alisa dilanggar orang dari tepi, bedebuk, dia jatuh. “Aduh”, tanpa disedar dia mengeluarkan kata-kata itu.

“Daijobu desuka!!!” Ya Allah, wajah kacak itu lagi muncul di depan Alisa. Orang ramai terus berlalu, dan tangan sasa lelaki itu menarik tangannya sekali lagi. Aduh, nasib baik aku pakai sarung tangan…payah jugak aku nak ambik air sembahyang nanti di NHK. Fikir Alisa.

“Thank you very much!” Balas Alisa pantas.

“Be careful…” Kata lelaki itu lagi.

“Hait, arigato..” Alisa cepat berlari ke arah bas NHK yang kelihatan nun di tepi jalan sebelah kiri eki. Jantungnya bagaikan digoncang-goncang…Ish, apakah hatiku telah dicuri??? Alisa tertanya-tanya sendiri…Kenapa aku aysik jatuh je depan dia??? Kenapa? Buat malu je.

CINTA DI TOKYO: Part 32: Dia lagi…

Alisa cuba mengingati kembali, siapa lelaki yang membantu dia tadi ketika terjatuh bersama-sama basikalnya di tempat letak basikal di eki Tokiwadai. Hatinya berdebar-debar tidak keruan. Kenapa aku rasa begini, fikirnya.

Biarkanlah, fikirknya sambil berlari menaiki tangga di eki. Sebaik sampai di tempat menunggu di eki, keretapipun sampai. Dia meluru naik dan duduk di tempat kosong sendirian. Hari ini orang tak ramai, bolehlah dia membaca buku yang dibawanya. Terus dikeluarkan buku yang dibeli di NHK semalam.

“Sumimasen!”(maafkan saya) Terperanjat Alisa tiba-tiba jejaka tadi ada di sebelahnya.

“Dozo…” (silakan) Alisa tersipu. Wah degupan jantungnya semakin kencang. Eh, kenapa aku ini…bertahun aku duduk di Tokyo ini, perasaan ini tak pernah dirasanya. Rasanya seperti pertama kali jatuh cinta dulu…dengan mantan suaminya ketika dia baru bertemu lelaki yang menjadi suaminya satu ketika dulu.

Dia mengesot ke tepi, memberi laluan dan tempat duduk kepada lelaki Jepun itu. Dia cuba menyambung pembacaannya kembali. Kenapa aku membaca tapi tak tahu apa yang aku baca ni? Alisa merasa seperti lelaki itu memerhatikannya.

“Are you working at NHK?”

Sekali lagi dia terkejut. Lelaki Jepun itu menyoalnya? Dilihatnya sekeliling, cuma ada mereka berdua saja di kerusi itu.

“Excuse me…” Dia mendongak kepalanya. Ternyata soalan itu ditujukan kepadanya.

“You are working at NHK?” Soal lelaki itu lagi. Suaranya yang garau dan sedap cukup menawan. Kenapa dengan aku ni? Soal Alisa dalam hati.

“Eeee, yes, yes, I work at NHK!” Jawabnya tergagap.

Keretapi dah berhenti di eki Ikebukoro…Alisa bergegas keluar. Dia dah lewat. Perlu berlari ke yamanote line. Jaraknya tidak jauh tetapi dia perlu menuruni tangga dan melalui gerai-gerai kecil dalam stesen besar Ikebukoro. Orang ramai bergegas ke haluan masing-masing. Dia terus ke tempat menunggu di depan landasan keretapi…

Siapakah dia? Jantungnya tetap berdegup kencang…

CINTA DI TOKYO: Part 31: Siapa dia?

Alisa terlambat ke tempat kerja hari ini. Entah kenapa dia tertidur ketika balik dari Hoikuen (tadika)menghantar makanan untuk Aini tadi. Dia terkejut ketika terjaga jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Aduh, kalut, aku masuk kerja jam 1.30. Satu jam saja lagi…

Alisa terus meluru ke pintu, sambil tangan mencapai beg tangan dan winter coatnya yang tebal. Pintu dikunci dan dia meluru ke bawah mengambil basikal dan terus berkayuh laju ke eki di Tokiwadai. Barisan basikal berjumlah beratus-ratus buah di kiri dan kanan tempat letak basikal dilaluinya satu demi satu. Dia mencari lowongan untuk meletak basikal. BUM, dia terlanggar sebuah basikal, dan dia terjatuh.

“Daijobu desuka?” Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki Jepun meluru ke arahnya, bertanya apa dia tak apa-apa?

“Hait, daijobu desu” Dia menjawab dia tak apa-apa. Matanya tepat melihat wajah lelaki itu. Ya Allah, tampannya jejaka Jepun ini. Berderap darah naik ke muka Alisa. Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Alisa. Tanpa berfikir panjang, Alisa menyambut tangan sasa jejaka tinggi lampai itu.

“Arigato gozaimasu” Alisa mengucapkan terima kasih kepada pemuda Jepun yang sungguh menawan itu. Cepat-cepat tangannya ditarik. Dia bergegas mengangkat basikalnya yang terbalik tadi. Diletakkan ditempat yang kosong dan dia terus berlalu pergi meninggalkan pemuda Jepun yang masih merenungnya tajam.

Siapakah dia? Rasa seperti aku pernah melihatnya? Di mana?

Taihen, sibuk dan letih!!!

KIO WA, TAIHEN DESE NE? HARI INI LETIH DAN SIBUKKKKK, AKU JADI LETIH, MALAS NAK FIKIR…MESYUARAT PUN LETIH, TAPI MUNGKIN JUGA KERANA SALAH MAKAN? AKAK MAKAN NASI GORENG PAGI TADI, TIBA-TIBA JADI MENGANTUK…

ADUHHHHHHHHHHHHHHH…

Minta respons…Basic TV Production Course, IPPTAR

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, IPPTAR di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan kursus tersebut di atas kira-kira sebulan lebih di IPPTAR, Angkasapuri, KL tahun depan. Apakah anda rasa anda berminat menyertai kursus ini? Jika ya, kirimkan komen kepada akak boleh?

Kak Kham…

Numerologi…kaji individu melalui tarikh lahir…

Wah, seronok juga akak mengikuti Kursus Pengurusan Stress yang dianjurkan oleh IPPTAR untuk wargakerjanya dari 6 hingga 8 Okt ini. Ustazah Ruslina dari UKL mengajar dengan penuh ikhlas. Semuanya berminat dalam subjek Numerologi iaitu mengenal perangai, tabiat, kelebihan dan kekurangan diri individu melalui kaedah mengira tarikh lahir masing-masing.

Apabila kita tahu kekuatan diri, kita boleh berusaha untuk mencapai kelebihan dan kejayaan dalam hidup dunia dan akhirat. Apabila kita tahu kekurangan diri kita, kita mesti berusaha mengatasi dan membuang sikap yang tidak baik, ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Tak perlu stres sangat, usaha pasti jaya.

Bolehlah akak kira-kira daripada tarikh lahir itu…wah akak dari nombor 9…kejayaan gitu. Apabila dikaji semula, akak dapati memang tepat apa yang akak lalui dalam hidup dengan nombor-nombor yang dikira. Ini bukan tenung nasib, ini cuma panduan. Tenung nasib haram dalam agama kita.

Aneh, nombor-nombor yang tertera dan bacaannya kelihatan tepat sekali dengan apa yang pernah dilalui dalam hidup akak selama 53 tahun ini. (Dah tua). Semua ini tetap menjadi rahsia Allah juga. Kita manusia mesti redha dan pasrah juga bersyukur dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Namun segala yang baik adalah daripada Allah, segala yang buruk adalah atas kesilapan dan kekurangan diri kita jua.

Tiap saat amat berharga…

Bagi Bill Gates dan orang korporat di barat, setiap saat adalah dollar atau euro, dalam kata lain DUIT…Tak mustahil di kalangan orang-orang kita di Malaysia ini juga, tiap saat adalah duit…ada juga yang tiap saat memikirkan POWER…macam mana aku nak kekalkan kuasa aku, kedudukan aku, dan kegemilangan aku…

Bagi kita orang Islam? Setiap saat kita patut mengingati Allah…dan ingat kepada tunang sebenar kita iaitu MATI. Mati ialah tunangan setiap kita yang pasti akan datang menjengok, sama ada kita suka atau tidak. Larilah ke lubang cacing sekalipun, apabila maut datang menjemput, kita terpaksa akur juga.

Dunia ini pinjaman belaka, akhirat juga destinasi terakhir setiap insan. Justru itu? Amat rugilah jika kita sibuk memikirkan perkara lain…

Namun bekerja juga dituntut dalam agama. Justru itu, bekerjalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok…

Sempena Syawal ini, mari kita teruskan amalan baik sepanjang Ramadhan…