ABU PRIZES WORKSHOP…Gaya kerja orang Jepun

IPPTAR dan ABU bekerjasama mengadakan bengkel ABU PRIZES di Dewan Cendikiawan IPPTAR pada 13 dan 14 Mei. Hampir 50 orang menyertai bengkel ini. Menariknya kerana penceramah jemputan ialah tiga pemenang anugerah ABU PRIZES 2008 dalam kategori program hiburan TV, dokumentari kemanusiaan dan dokumentari.

Para peserta didedahkan dengan gaya kerja orang Jepun dan China dalam penerbitan program hiburan dan dokumentari mereka. Memang hebat komitmen para petugas Jepun dan Cina menghasilkan karya/ program TV mereka. Paling jelas menurut penceramahnya ialah AIM HIGH dan TEAM WORK. Hasilnya amat hebat. Paling menarik perhatian saya ialah setiap anggota petugas amat mencintai tugas mereka. Sehingga bagi jurukamera yang diberi tugas, terus memberikan shot yang sungguh menarik dan sesuai dengan lagu yang dinyanyikan dalam konsert lagu-lagu klasik barat dan tarian kabuki Jepun.

Penerbit tidak perlu meminta shot daripada jurukamera, sebaliknya jurukamera seramai 13 orang di 13 lokasi kamera memberikan shot yang sungguh cantik dan menarik. Terpesona kita dibuatnya. Lagu klasik selalunya jarang kita suka. Namun dengan shot dan penerbitan yang hebat, satu jam dirasa seperti setengah jam sahaja.

Satu lagi yang paling menarik ialah penyelidikan, persediaan, perbincangan, penelitian, semuanya diberi penekanan yang lama. Pemasangan kabel dan kamera hanya dua hari, tetapi penyelidikan dan persiapan awal memakan masa selama 2 hingga 4 bulan untuk satu konsert hiburan yang hebat ini. Begitu juga dengan program dokumentari.

Program dokumentari Jepun mengenai sistem kredit mikro di Bangladesh amat hebat. Hasilnya kita merasakan seperti kita berada di negara Bangladesh yang miskin dan kurang dalam serba serbi. Namun kejayaan Bank yang memberikan pinjaman mikro ini banyak membantu dan menyelamatkan bisnis dan kehidupan orang-orang miskin negara itu. Dengan penerbitan dokumentari yang dibuat dengan teliti dan penuh komitmen, sebuah dokumentari yang hebat dapat dihasilkan dan meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. Gambarimasho…

Sayangnya, tidak ramai Controller unit-unit di RTM yang hadir. Nasib baik Mr Jack Najarajah , Controller dari Unit Hiburan TV dan ramai penerbit muda hadir. Mereka bertuah kerana didedahkan dengan budaya kerja orang-orang Jepun, bukan saja untuk program hiburan, tetapi juga program dokumentari yang dihasilkan oleh penerbit dari negara China, Korea dan Jepun.

IPPTAR berhasrat mengadakan sesi screening dan dialog seperti ini lagi pada tahun depan. Stesen-stesen dari Media Prima, Astro juga dijemput, tetapi tak ada yang datang. Kenapa agaknya? Rugi kerana IPPTAR dan ABU mengeluarkan belanja yang bukan sedikit, tetapi anda tidak menyertainya.

Apa kata tahun depan semua dapat hadir????

Leave a comment